awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes kecederaan dalam kalangan 'weekend warriors' semakin meningkat
STR terus jadi sandaran bantu kos sara hidup
Penubuhan Ombudsman bakal perkukuh tadbir urus, skor CPI negara - Pengerusi EAIC
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kejar, tumbuk pengadil selepas terima kad merah

Astro Arena
Astro Arena
10/08/2025
07:06 MYT
Kejar, tumbuk pengadil selepas terima kad merah
Insiden tersebut mencetuskan kebimbangan terhadap keselamatan pegawai perlawanan dalam saingan amatur dan mencemarkan semangat kesukanan.
SATU perlawanan bola sepak amatur di Thailand bertukar kecoh apabila seorang pemain bertindak mengejar dan menumbuk pengadil selepas dilayangkan kad merah, mencetuskan insiden panas yang memaksa permainan dihentikan serta-merta.

Ringkasan AI
  • Seorang pemain bertindak agresif menumbuk pengadil selepas dilayangkan kad merah dalam kejohanan Pai Ang Open Cup, menyebabkan perlawanan dihentikan serta-merta.
  • Insiden tersebut mencetuskan kebimbangan terhadap keselamatan pegawai perlawanan dalam saingan amatur dan mencemarkan semangat kesukanan.
  • Setakat ini, belum ada kenyataan rasmi daripada penganjur atau pihak berkuasa tempatan berhubung tindakan susulan terhadap pemain terbabit.

Dalam video yang tular dan dikongsi oleh SNE Sports, pemain berjersi biru dilihat tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil selepas mengasari pihak lawan.
Ketegangan memuncak apabila pemain tersebut mengejar dan menumbuk pengadil di tengah padang, menyebabkan suasana menjadi huru-hara.
Insiden tersebut dipercayai berlaku dalam kejohanan Pai Ang Open Cup, dan telah mendapat perhatian meluas di media sosial serta komuniti bola sepak serantau.
Tindakan agresif itu bukan sahaja mencemarkan semangat kesukanan, malah menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan pegawai perlawanan dalam saingan amatur.
Setakat ini, belum ada kenyataan rasmi daripada penganjur kejohanan atau pihak berkuasa tempatan berhubung tindakan susulan terhadap pemain terbabit. - Stadium Astro
Topic Berkaitan
#keganasan bola sepak
#pukul pengadil
#tumbuk pengadil
#video tular
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan