awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KDN gerakkan semua agensi berkaitan banteras pemalsuan MyKad
Iran tegaskan suasana kembali aman, tolak naratif palsu berita luar
KPKT umum RM3 juta bina enam Taman MADANI di Pulau Pinang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kejohanan Dunia 2025: Harapan final di bahu beregu utama negara

Bernama
Bernama
17/08/2025
01:00 MYT
Kejohanan Dunia 2025: Harapan final di bahu beregu utama negara
Tengku Zafrul (dua, kiri) ketika mempengerusikan Mesyuarat Majlis BAM di Akademi Badminton Malaysia, Bukit Kiara semalam. Turut serta, Timbalan Presiden BAM Datuk V Subramaniam (tiga, kanan). --fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz yakin beregu utama negara mampu melangkah ke final Kejohanan Dunia 2025 berdasarkan ranking semasa mereka.
Beliau berkata walaupun tidak menetapkan sasaran secara rasmi, harapan tetap tinggi disandarkan kepada beregu negara memandangkan mereka berada dalam kelompok terbaik dunia.
"Sekurang-kurangnya, untuk beregu, mereka sepatutnya boleh ke final, bukan? Ini jangkaan semula jadi kalau tengok kedudukan ranking mereka.
"Jadi saya harap mereka dapat beraksi sekurang-kurangnya mengikut ranking. Itu pandangan peribadi saya kerana BAM tidak tetapkan sasaran rasmi," katanya kepada pemberita di sini semalam.
Tengku Zafrul berkata tumpuan sudah pasti terarah kepada beregu lelaki kedua dunia Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan beregu wanita Pearly Tan-M Thinaah yang turut menghuni ranking kedua dunia.
Pada Kejohanan Dunia di Paris dari 25 hingga 31 Ogos ini, Aaron-Wooi Yik akan memulakan kempen di pusingan kedua menentang sama ada Daniel Franco-Rodrigo Sanjurjo dari Sepanyol atau pasangan Scotland Christopher Grimley-Matthew Grimley selepas menerima bye pada pusingan pertama.
Pearly-Thinaah juga memperoleh bye dan akan turun ke gelanggang pada pusingan kedua berdepan sama ada pasangan Hong Kong Lui Lok Lok-Tsang Hiu Yan atau gandingan Switzerland Cloe Brand-Julie Franconville.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#badminton
#Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz
#Kejohanan Dunia 2025
#Paris
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan