awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kejohanan Terjun Kebangsaan: Hanis gembira berjaya pastikan aksi terbaik

Astro Arena
Astro Arena
06/11/2023
23:15 MYT
Kejohanan Terjun Kebangsaan: Hanis gembira berjaya pastikan aksi terbaik
Gandingan Hanis-Wendy Ng memenangi pingat emas dalam acara 3 meter papan anjal seirama dengan mata keseluruhan 262.80 pada hari terakhir Kejohanan Terjun Terbuka Malaysia 2023 semalam. - Foto Astro ARENA
SAINGAN hari terakhir Kejohanan Terjun Terbuka Malaysia 2023 semalam menyaksikan acara 3 meter papan anjal seirama dimenangi gandingan senior dan pelapis, Hanis Nazirul Jayasurya dan Wendy Ng Yan Yee.
Walaupun kali pertama bergandingan, Hanis sempat meluahkan perasaan syukur kerana dapat mengatasi segala perbezaan antara mereka sekaligus menunjukkan aksi terbaik.
Wendy pula tidak menyangkakan kejayaan kerana hanya membuat persiapan selama dua hari untuk kejohanan itu.
Dia juga kini meletakkan fokus sepenuh dalam Kejohanan Kelayakan Olimpik bermula tahun depan.
Pemenang pingat gangsa Sukan Asia Hangzhou, Bertrand Rhodict Lises pula terpaksa puas hati dengan gangsa dalam acara 10m platform individu, selepas tewas kepada Igor Myalin dari Uzbekistan.
Pingat perak pula dimenangi penerjun negara, Jellson Jabillin.
Rhodict bagaimanapun mengakui dengan kesilapan yang dilakukan pada terjunan kedua dan kelima, yang mengekang usahanya untuk mengejar mata, sekali gus memalapkan peluang menjuarai acara tersebut.
Bagi Jabillin pula, dia tetap berbangga dengan aksi yang dipamerkan walaupun sedang mengalami masalah kesihatan sejak hari pertama kejohanan.
Topic Berkaitan
#Wendy Ng Yan Yee
#Hanis Nazirul Jayasurya
#Kejohanan Terjun Terbuka Malaysia 2023
#penerjun negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan