awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kelantan akan mohon penganjuran Sukma pada 2024

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
27/11/2019
02:53 MYT
Kelantan akan mohon penganjuran Sukma pada 2024
Kelantan sudah bersedia, kata Ahmad pada majlis penyerahan bendera kontinjen sukan kakitangan Wisma Kota Darulnaim di Kota Bharu pada Selasa. - Astro AWANI
Kerajaan Negeri Kelantan akan membuat permohonan untuk menjadi tuan rumah Sukan Malaysia (Sukma) pada 2024 susulan maklum balas positif diberikan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, pada Isnin.
Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob berkata, Kelantan sudah bersedia untuk menganjurkan Sukma buat kali pertama dan telah mengkaji persiapan yang diperlukan sebagai tuan rumah.
"Kita pohon kepada pihak Kementerian (Belia dan Sukan), dan terima kasih, dimaklumkan bahawa menteri telah pun respons kepada permohonan kita (menganjurkan Sukma) 2024.
"Kita kaji bermula sebelum ini, dan buat persiapan, mesyuarat, dan sediakan keperluan yang patut. Kita bersedia," katanya kepada media pada majlis penyerahan bendera kontinjen sukan kakitangan Wisma Kota Darulnaim pada Selasa.
Bagaimanapun, menurut Ahmad, kerajaan negeri mengharapkan bantuan dan sokongan, serta kewangan, bagi menyiapkan keperluan yang diperlukan untuk penganjuran Sukma itu.
Pada Isnin, Syed Saddiq berkata di Dewan Rakyat, beliau secara prinsipnya bersetuju untuk membawa penganjuran Sukma ke Kelantan.
"Secara prinsipnya saya bersetuju... sebaik saya dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan, memang salah satu perkara yang saya nak lihat berlaku adalah membawa Sukma ke Kelantan.
"Saya melihat apabila sukan itu bertapak di sebuah negeri, ia juga datang dengan pembangunan infrastruktur agak menyeluruh seperti yang berlaku di Johor dan Perak," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2020 peringkat jawatankuasa.
Syed Saddiq berkata demikian menjawab isu dibangkitkan Abdul Latiff Abdul Rahman (PAS-Kuala Krai) dan Datuk Ahmad Jazlan Yaakub (BN-Machang) yang mahu Sukma dianjurkan di Kelantan pada 2024.
Ketika perbahasan, Abdul Latiff memaklumkan, Kelantan satu-satunya negeri yang tidak pernah berpeluang menjadi tuan rumah Sukma.
Topic Berkaitan
#Ahmad Yakob
#Dewan Rakyat
#Kelantan
#maklum balas positif
#penganjuran Sukma
#persiapan
#sukan
#SUKMA
#Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
#tuan rumah Sukma
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan