SPORTS
Kelantan Darul Naim FC perlu RM7 juta hadapi musim baharu Liga-M

Rozi berkata jumlah itu ditetapkan berdasarkan nasihat dan garis panduan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), susulan kelemahan aspek pengurusan kewangan pasukan pada musim lepas.
KOTA BHARU: Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) memerlukan dana antara RM6 juta hingga RM7 juta, bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim 2025/2026.
Ringkasan AI
- Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) memerlukan dana antara RM6 juta hingga RM7 juta untuk menghadapi saingan Liga Malaysia musim 2025/2026.
- Penstrukturan semula telah dilakukan melibatkan pegawai, pengurusan, dan pemain untuk memperkukuh pasukan, serta kerjasama dengan penaja dan kerajaan negeri.
- KDN FC sedang menyelesaikan syarat pelesenan dengan MFL dan FIB, dan telah melantik Datuk Mohd Irwan Rizal Ali Napiah sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu.
"KDN FC juga menjalinkan kerjasama strategik dengan beberapa pihak termasuk penaja dan kerajaan negeri, dalam usaha memastikan kelab terus berdaya saing," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Makan Malam Penghargaan KDN FC bersama penaja serta rakan strategik di sini, malam tadi.
Berhubung urusan perlesenan kelab, Rozi berkata KDN FC kini giat menyelesaikan syarat pelesenan ditetapkan MFL dan First Instance Body (FIB), dengan setakat ini telah mencapai tahap penyelesaian lebih 90 peratus.
Pada majlis itu, Rozi turut mengumumkan pelantikan tokoh korporat Datuk Mohd Irwan Rizal Ali Napiah sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu pasukan.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami