PETALING JAYA: Pemain pertahanan negara Junior Eldstal sudah bersedia menyertai skuad Harimau Malaya menjelang pusingan kelayakan Piala Asia 2023 selepas pulih daripada kecederaan dialaminya tahun lepas.
Junior berkata beliau mendapatkan khidmat jurulatih dari Australia sejak sebulan lepas untuk memastikannya kembali cergas dan bersedia memberikan aksi cemerlang sekali gus terpilih dalam skuad akhir yang bakal diumumkan ketua jurulatih Harimau Malaya Kim Pan Gon.
"Sudah semestinya saya boleh berada dalam pasukan negara ketika ini kerana sudah mendapatkan khidmat penolong jurulatih daripada Australia di Bangkok sebagai persediaan sebulan lepas untuk fisioterapi bagi memulihkan kecederaan.
"Saya berharap dapat membantu Pan Gon (dalam kejohan berkenaan) dan paling penting macam dikatakan beliau memanggil 30 pemain jadi beliau berhak memilih yang terbaik... Tugas kami (pemain) adalah hormat dan memberi 100 peratus semasa sesi latihan," katanya ketika ditemui pemberita pada sesi latihan di Wisma FAM, pada Isnin.
Pemain tengah kacukan Malaysia-Sweden yang beraksi bersama Chonburi FC di Liga Thailand itu mengalami kecederaan di bahagian perut semasa kempen Piala AFF 2020 di Singapura.
Junior pada masa sama berkata beliau meletakkan kepercayaan tinggi terhadap perancangan Pan Gon yang dilihat mempunyai wawasan dan hala tuju bagi pasukan dalam menghadapi kelayakan Piala Asia 2023 itu.
"Sebelum saya datang, jurulatih (Pan Gon) mengadakan Zoom dengan saya selama dua jam bagi memberitahu perancangan untuk saya dan pasukan, jadi ia bagus sebab (saya) boleh tahu bagaimana perancangan beliau," katanya.
Harimau Malaya akan beraksi pada perlawanan persahabatan Antarabangsa Tier 1 menentang Brunei pada 27 Mei ini, diikuti Hong Kong pada 1 Jun bagi menilai tahap kesediaan skuad kebangsaan sebelum menyertai pusingan kelayakan Piala Asia 2023.
Pada aksi pusingan kelayakan Piala Asia 2023, skuad Harimau Malaya yang diundi dalam Kumpulan E akan berdepan Turkmenistan pada 8 Jun, diikuti Bahrain (11 Jun) dan Bangladesh (14 Jun) yang dijadual berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 23 2022
Junior meletakkan kepercayaan tinggi terhadap perancangan Pan Gon yang dilihat mempunyai wawasan dan hala tuju bagi pasukan dalam menghadapi kelayakan Piala Asia 2023. - Bernama
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan sentimen yang bertambah baik
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 4.34 mata atau 0.28 peratus kepada 1,544.76 daripada paras penutup 1,540.42 pada Rabu.
Ringgit terus ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7840/7870 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.7910/7950 pada Rabu.
AWANI 7:45 [18/04/2024] – Empat letusan sehari | Setuju secara dasar | Misi ke Gaza | Kutipan cecah lebih RM1 juta
- Gunung Ruang meletus, Indonesia keluar amaran tertinggi, MetMalaysia pantau
- Kerajaan setuju peruntukan pembangkang, PN tengok syarat dulu
- Gaza Kami Datang, 19 aktivitis Malaysia berlepas ke Istanbul
- Sheriff ucap terima kasih, tayangan awal kutip RM1juta
- Kerajaan setuju peruntukan pembangkang, PN tengok syarat dulu
- Gaza Kami Datang, 19 aktivitis Malaysia berlepas ke Istanbul
- Sheriff ucap terima kasih, tayangan awal kutip RM1juta
Menara Merdeka 118 terima pensijilan LEED Platinum
PNBMV berkata pensijilan LEED mengiktiraf pematuhan projek itu selari dengan kriteria yang digariskan dalam sistem penarafan LEED.
Pemandu teksi cedera disamun empat penjenayah menyamar sebagai penumpang
Teksi jenis Proton Iswara milik mangsa berusia 72 tahun itu, turut dilarikan kumpulan penyamun tersebut, selain dompet dan barangan peribadi lain.
Industri permainan video Malaysia dijangka catat hasil AS$649 juta tahun ini
Pencapaian dalam bidang ini memerlukan usaha bersepadu daripada semua pihak berkepentingan, dalam dan luar negara.
Pengurus kargo cederakan isteri dan anak, jalani hukuman penjara dua tahun
Hakim mengeluarkan waran penahanan terhadap Sritharan yang dibebaskan dengan jaminan sementara menunggu rayuannya, untuk dibawa ke penjara.
Kutipan awal filem Sheriff: Narko Integriti cecah lebih RM1 juta
Syafiq yang dilabel sebagai ‘Raja Plot Twist’ oleh penggemar filem di Malaysia pastinya tidak akan menghampakan penonton dengan jalan cerita yang penuh teka-teki.
Sanusi cadang PN ketengah calon Melayu di Kuala Kubu Baharu
Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memaklumkan beliau akan membawa cadangan supaya gabungan itu mempertaruhkan calon Melayu bagi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
Perkembangan semasa letusan Gunung Ruang
Ketua Biro Kompas TV Manado, Susan Margaret membawakan perkembangan terkini letusan Gunung Ruang di Indonesia.
Harimau Malaya belasah Nepal sebelum hadapi Oman
Malaysia menampilkan kelas tersendiri apabila membelasah pasukan ranking dunia ke-175, Nepal 5-1 pada perlawanan ujian tertutup malam tadi.
Indonesia ikut jejak langkah Malaysia harumkan nama di pentas Asia
Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) menobatkan Anugerah Bantuan Jaringan Terbaik Piala Asia 2023 milik pemain sayap Indonesia, Yakob Sayuri.
Thailand kini di kedudukan 101 ranking FIFA
Thailand mendaki 12 anak tangga untuk kekal di ranking teratas, diikuti Vietnam, Malaysia, Filipina, Indonesia dan Singapura.
Piala Asia: Afif dedikasi kejayaan Qatar, hatrik kepada isteri tercinta
Akram Afif mendedikasikan kejayaan The Maroons mempertahankan kejuaraan Piala Asia 2023 selepas menewaskan Jordan 3-1 kepada isterinya.
Piala Asia: Afif lakar hatrik penalti bantu Qatar pertahan kejuaraan
Tuan rumah Qatar mempertahankan gelaran juara Piala Asia 2023 selepas menewaskan Jordan 3-1 pada perlawanan akhir penuh kontroversi.
Piala Asia: Antara Qatar dan Jordan, siapa bakal bergelar Raja Asia?
Selepas hampir sebulan menempuh perjalanan yang mencabar, tuan rumah Qatar dan Jordan sudah sampai ke kemuncak saingan Piala Asia 2023.
Afif laung amaran kejayaan Qatar kekal menjelang aksi final
Selepas The Maroons menyingkirkan juara tiga kali Iran malam tadi, Afif berkata, kejayaan Qatar tidak akan berhenti setakat di sini.
Ghalehnoy ambil tanggungjawab sepenuhnya selepas Iran gagal ke final
Kegagalan melakukan penyudahan beberapa peluang terhidang merupakan faktor terbesar yang membawa kepada kekalahan.
Qatar selangkah pertahan kejuaraan Piala Asia 2023 selepas rentap ego Iran
Penyerang sensasi Akram Afif memastikan Qatar bangkit daripada ketinggalan apabila meledak gol kedua pasukan di hujung separuh masa pertama.
Piala Asia: Empat pemain Liga Malaysia bawa Jordan ke final singkir Korea Selatan
Empat pemain berkenaan ialah Noor Al-Rawabdeh, Yazan Al-Arab (Selangor), Mahmoud Al Mardhi (Kedah Darul Aman) dan Fadi Awad (PDRM).