awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Khamenei beri amaran kepada AS serangan akan mencetuskan perang serantau
Angka korban kebakaran bar di Switzerland meningkat kepada 41
Pakistan umum boikot perlawanan Piala Dunia T20 Lelaki ICC
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kelayakan Piala Asia: AFC sahkan aksi Nepal lawan Malaysia di SNBJ

Astro Arena
Astro Arena
15/09/2025
10:31 MYT
Kelayakan Piala Asia: AFC sahkan aksi Nepal lawan Malaysia di SNBJ
Perlawanan Malaysia melawan Nepal kini dipindahkan ke SNBJ berikutan ketidaksediaan venue daripada pihak tuan rumah. - Stadium Astro
SETIAUSAHA Agung Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), Datuk Seri Windsor John, mengesahkan aksi di antara Nepal dan Malaysia bagi pusingan kelayakan Piala Asia pada November depan akan dilangsungkan di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

Ringkasan AI
  • Perlawanan kelayakan Piala Asia antara Malaysia dan Nepal dipindahkan ke Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) pada 18 November kerana venue tuan rumah tidak bersedia.
  • Malaysia kini mendahului Kumpulan F dengan enam mata selepas dua kemenangan, termasuk menewaskan Nepal 2-0 di Stadium Sultan Ibrahim pada Mac lalu.
  • Harimau Malaya akan berdepan Laos pada 9 dan 14 Oktober, sebelum bertemu Nepal di SNBJ dan Vietnam di laman lawan pada aksi terakhir Mac depan.

Malaysia sepatutnya berdepan Nepal di laman lawan itu pada 18 November depan tetapi Windsor, ketika ditemu bual wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi, mengesahkan perlawanan itu kini dipindahkan ke SNBJ berikutan ketidaksediaan venue daripada pihak tuan rumah.
Sebagai rekod, Malaysia menewaskan Nepal 2-0 dalam aksi pertama pusingan kelayakan Piala Asia di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri pada Mac lalu.
Harimau Malaya akan menghadapi dua perlawanan berturut-turut dengan Laos, masing-masing pada 9 dan 14 Oktober ini sebelum kembali melayani kunjungan Nepal.
Pasukan bimbingan Peter Cklamovski itu kemudian akan berdepan Vietnam di laman lawan bagi aksi terakhir pusingan kelayakan berkenaan pada Mac depan.
Harimau Malaya kini sedang mendahului saingan Kumpulan F dengan enam mata daripada dua perlawanan. -- Stadium Astro
Topic Berkaitan
#kelayakan piala Asia
#harimau Malaya
#Nepal
#Malaysia
#Stadium Nasional Bukit Jalil
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan