awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kelayakan Piala Asia: Pan-gon muktamad senarai 23 pemain

Astro Arena
Astro Arena
04/06/2022
10:52 MYT
Kelayakan Piala Asia: Pan-gon muktamad senarai 23 pemain
Ketua Jurulatih Skuad Harimau Malaya Kim Pan Gon ketika mengendalikan Kem Latihan Pusat Skuad Kebangsaan di Wisma FAM baru-baru ini. - Gambar fail/BERNAMA
KETUA jurulatih skuad Harimau Malaya, Kim Pan-gon, menyenarai 23 pemain terbaik yang bakal menyahut cabaran saingan kelayakan Piala Asia 2023 Kumpulan E bermula Rabu ini.
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengeluarkan kenyataan sebanyak enam pemain telah digugurkan oleh pengendali import dari Korea Selatan itu.
"Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi, Afiq Fazail, Kogileswaran Raj, Shahrul Nizam Ros Hasni, Liridon Krasniqi, Norshahrul Idlan Talaha serta Syahmi Safari antara pemain yang tidak tersenarai.
"Syahmi terdahulu telah dilepaskan daripada kem latihan pusat pada 31 Mei lalu kerana masalah kesihatan.
"FAM mengucapkan terima kasih atas komitmen yang telah diberikan para pemain ini di sepanjang kem latihan pusat sejak 20 Mei lalu.
"Pemain yang tidak terpilih ini tetap akan berada dalam senarai bersedia sekiranya penggantian pemain perlu dilakukan."
Skuad Harimau Malaya dijadualkan menentang Turkmenistan pada Rabu depan, Bahrain (11 Jun 2022) dan Bangladesh (14 Jun 2022), dengan semua aksi dilangsungkan di Stadium Nasional, Bukit Jalil.
Senarai penuh 23 pemain skuad Harimau Malaya:
PENJAGA GOL
Farizal Marlias (JDT) Khairulazhan Khalid (Selangor) Ahmad Syihan Hazmi (NSFC)
PERTAHANAN
Shahrul Saad (JDT) Corbin Ong (JDT) Matthew Davies (JDT) V. Ruventhiran (JDT) Ahmad Khuzaimi Piee (NSFC) Dominic Tan (Sabah FC) Dion Cools (SV Zulte Waregem) Junior Eldstal (Chonburi FC)
TENGAH
Syamer Kutty Abba (JDT) Nazmi Faiz Mansor(JDT) Safiq Rahim (JDT) Arif Aiman Hanapi (JDT) Akhyar Rashid (JDT) Faisal Halim (TFC) Nor Azam Azih (Sri Pahang) Mohamadou Sumareh (JDT)
PENYERANG
Safawi Rasid (JDT) Syafiq Ahmad (JDT) Guilherme de Paula (JDT) Darren Lok (PJ CITY)
*Artikel asal disiarkan Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Piala Asia
#harimau Malaya
#Kim Pan-gon
#senarai pemain
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan