awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Malaysia kuat kuasakan sepenuhnya VEP kenderaan Singapura mulai esok
MALAYSIA
Tren pertama RTS Link hubungkan Johor Bahru dan Singapura diperkenal
DUNIA
Israel ugut kepimpinan Iran pada hari pertama serangan - Penasihat tertinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SUKAN

Kelayakan Piala Asia: Selamatkan penalti, Malaysia cemerlang tumpaskan Palestin dengan penuh drama

Astro Arena
Astro Arena
30/06/2025
01:30 MYT
Kelayakan Piala Asia: Selamatkan penalti, Malaysia cemerlang tumpaskan Palestin dengan penuh drama
Malaysia memulakan kempen Kelayakan Piala Asia Wanita 2026 dengan menundukkan Palestin 1-0 di Dushanbe, Tajikistan, pada Ahad. - Foto Astro ARENA
TANPA gol nombor satu negara, Nur Azurin Mazlan, Malaysia sudah kempunan memburu kemenangan pertama!
Namun, kecemerlangan bintang FKK Vllaznia itu menghasilkan keputusan positif buat Malayan Tigress dalam perlawanan pertama Kumpulan H Kelayakan Piala Asia Wanita 2026.
Malaysia memulakan kempen dengan tonik berharga apabila berjaya menundukkan Palestin 1-0 di Dushanbe, semalam.
Pasukan lawan terlebih dahulu memiliki peluang untuk berada di hadapan, namun refleksi Azurin memastikan gawang tidak dibolosi menerima pujian peminat tempatan yang menyaksikan aksi secara langsung itu.
Palestin yang mendapat sepakan penalti pada minit ke-24 gagal disempurnakan dengan baik oleh Dima Alrumhi.
Skuad kendalian Joel Cornelli tidak henti memberikan asakan untuk mencari gol pertama, tetapi berakhir dengan kebuntuan.
Ketika Farahiyah Ridzuan masuk sebagai pemain gantian, kepercayaan itu dibalas sebaiknya tatkala kemas menyudahkan lorongan Nur Adrienna Zamzaihiri, sekali gus memberikan kemenangan buat kem negara yang berbaki lima minit aksi sebelum tamat.
Selepas ini, Malayan Tigress akan bertemu tuan rumah, Tajikistan, bagi perebutan tiga mata penuh seterusnya.
Mengikut format yang ditetapkan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), hanya johan kumpulan akan mara ke pusingan akhir.
Untuk rekod, Malaysia layak ke kempen tertinggi itu pada 1995 ketika menjadi penganjur selain pencapaian terbaik ialah mengakhiri kancah di tempat ketiga pada 1983 di Thailand.
Topic Berkaitan
#Malayan Tigress
#Kelayakan Piala Asia Wanita 2026
#Palestin
#bola sepak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami