VENEZUELA 1 ARGENTINA 3
Argentina mengekalkan rekod tanpa kalah dalam pusingan kelayakan Piala Dunia selepas menewaskan Venezuela, yang beraksi dengan 10 pemain, 3-1 hari ini.
Lionel Messi mengetuai Argentina dalam aksi pertama itu sejak mereka memenangi Copa America pada 10 Julai lalu -- La Albicelesta mengatasi Brazil untuk meraih gelaran pertama sejak 1993.
Lautaro Martinez, Joaquin Correa dan Angel Correa menemui sasaran buat Argentina dalam perlawanan di Caracas itu, sekali gus memberikan pasukan Lionel Scaloni berkenaan kemenangan keempat daripada tujuh perlawanan pusingan kelayakan ke Qatar 2022.
Venezuela tepaksa beraksi dengan 10 pemain sejak minit ke-32 selepas pemain gantian, Luis Martinez, dilayangkan kad merah kerana melakukan terjahan berbahaya ke atas Messi dan Argentina segera memanfaatkan kelebihan itu untuk Lautaro Martinez membuka jaringan dalam waktu kecederaan babak pertama.
Argentina kian selesa di depan apabila Joaquin Correa dan Angel Correa menemui sasaran dalam babak kedua, masing-masing pada minit ke-71 dan 74.
Yeferson Soteldo kemudian menjaringkan gol sagu hati buat pasukan tuan rumah, Venezuela, menerusi sepakan penalti pada minit ke-94.
Dengan kemenangan itu, Argentina kini berada di tangga kedua pusingan kelayakan Amerika Selatan dan ketinggalan enam mata di belakang pendahulu, Brazil.
Kedua-dua pasukan di tangga teratas itu akan bertemu sesama sendiri awal pagi Isnin ini.
Astro Arena
Fri Sep 03 2021
Lionel Messi terbaring selepas terjahan berbahaya oleh Luis Martinez ketika perlawanan kelayakan Piala Dunia FIFA Qatar 2022 di Caracas, Venezuela, 2 Sept, 2021. (Foto AP)
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
300 stesen pengecasan EV akan ditambah dalam tempoh dua tahun - Ab Rauf
Kerajaan Melaka cadang tambah hingga 300 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh.
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Mahkamah Agung Venezuela sahkan Maduro menang pilihan raya
Mahkamah Agung Venezuela pada Khamis mengesahkan kemenangan Presiden Nicolas Maduro dalam pilihan raya pada 28 Julai lalu.
749 ditahan di Venezuela kerana merusuh
Antara lain, mereka menghadapi tuduhan menghasut, menghalang jalan, jenayah kebencian, menentang penahanan dan melakukan keganasan.
Venezuela minta 7 negara Amerika Latin tarik balik kakitangan diplomatik
Langkah itu juga menggesa penarikan balik kakitangan diplomatik Venezuela yang diakreditasi di negara-negara berkenaan.
Rakyat Venezuela di Madrid bantah keputusan pilihan raya
Rakyat Venezuela di Madrid berhimpun memprotes selepas pihak berkuasa pilihan raya Venezuela mengumumkan kemenangan penggal ketiga Presiden Nicolas Maduro dengan undian 51 peratus.
Maduro menang pilihan raya presiden Venezuela
, 29 Julai (Sputnik) -- Presiden Venezuela, Nicolas Maduro memenangi pilihan raya presiden dengan memperoleh 51.2 peratus undi selepas 80 peratus undian selesai diproses, menurut pengerusi Suru
Pergaduhan tercetus sebaik pusat mengundi di Venezuela ditutup
Pengundi di luar pusat pilihan raya menuntut untuk masuk ke lokasi untuk menyaksikan kiraan undi.
Pemimpin pembangkang Maria Machado buang undi
Maria Corina Machado membuang undi pada pilihan raya paling penting dalam tempoh suku abad pemerintahan parti Sosialis Bersatu.
Rakyat Venezuela keluar mengundi pemilihan presiden
Rakyat Venezuela keluar ke pusat mengundi pada Ahad untuk memilih presiden baharu.
Diaspora Venezuela berhimpun di Santiago sokong Edmundo Gonzalez
Diaspora Venezuela di Chile berhimpun bagi menyatakan sokongan terhadap calon pembangkang Edmundo Gonzalez, beberapa hari menjelang hari pemilhan Presiden Venezuela.
Warga Venezuela di Argentina protes tuntut pilihan raya bebas
Puluhan migran Venezuela yang menetap di Argentina berarak di Buenos Aires bagi menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap Presiden Venezuela, Nicolas Maduro serta menuntut pilihan raya bebas.