awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Isu tular 'Yeye': Siasatan terhadap 21 pegawai ATM akan dibawa ke peringkat perundangan - Khaled
Sembilan termasuk empat penuntut cedera letupan di universiti swasta
Teksi air Pulau Pinang belum dapat direalisasikan - Loke
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kelayakan Piala Dunia: Indonesia hampir tumbangkan 'Pak Arab' sekali lagi

Astro Arena
Astro Arena
09/10/2025
02:35 MYT
Kelayakan Piala Dunia: Indonesia hampir tumbangkan 'Pak Arab' sekali lagi
Indonesia mencipta sensasi dengan menewaskan Arab Saudi 2-0 ketika perlawanan pusingan ketiga, Kelayakan Piala Dunia 2026 di Stadium Gelora Bung Karno tahun lalu. - Foto Astro ARENA
INDONESIA terpaksa akur tewas tipis 2-3 kepada Arab Saudi dalam perlawanan pusingan keempat, Kelayakan Piala Dunia 2026 di Stadium King Abdullah Sports City, awal pagi tadi.
Anak buah Patrick Kluivert bermula garang di tempat lawan selepas mendahului menerusi Kevin Diks yang menoktahkan sepakan penalti usai dihadiahkan pengadil perlawanan susulan bola terkena tangan pertahanan Arab Saudi.
Namun, keputusan itu tidak bertahan lama selepas rembatan Waheb Saleh dari luar kotak penalti menewaskan Maarten Paes selang enam minit kemudian.
Tidak terhenti di situ, Arab Saudi terus menggandakan jaringan selepas Feras Albrikan menyempurnakan penalti pada minit ke-36 untuk meletakkan pasukan tuan rumah menutup babak pertama dengan mendahului 2-1.
#AsianQualifiers #Roadto26 Round 4 Group B Matchday 1 Results FT: Indonesia 2-3 Saudi Arabia : AFC#WCQ2026 #IDNvKSA #Indonesia #SaudiArabia#SNESports#LifeTelco pic.twitter.com/J1K47FeBqs
— SNE Sports (@SNE_Sports) October 9, 2025
Skuad Green Falcons menambah jaringan ketiga menerusi Feras sekali lagi dalam separuh masa kedua.
Meskipun Indonesia cuba merapatkan defisit jaringan menerusi Kevin Diks usai diberikan sepakan penalti pada minit ke-88, sudah terlambat untuk pasukan di ranking ke-59 dunia itu melakar tiga mata dengan kemenangan 3-2.
Indonesia akan meneruskan kempen berdepan Iraq pada Ahad ini.
Untuk rekod, Indonesia mencipta sensasi dengan menewaskan Arab Saudi 2-0 ketika perlawanan pusingan ketiga, Kelayakan Piala Dunia 2026 di Stadium Gelora Bung Karno tahun lalu.
Topic Berkaitan
#Piala Dunia
#Indonesia
#Arab Saudi
#Ke layakan Piala Dunia 2026
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan