awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Khamenei beri amaran kepada AS serangan akan mencetuskan perang serantau
Angka korban kebakaran bar di Switzerland meningkat kepada 41
Pakistan umum boikot perlawanan Piala Dunia T20 Lelaki ICC
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kelibat Fandi Ahmad cetus tanda tanya

Sinar Harian
Sinar Harian
20/12/2022
10:45 MYT
Kelibat Fandi Ahmad cetus tanda tanya
Fandi bersama para pemain skuad Tok Gajah dalam latihan pra musim pada Isnin. - Foto FB Sri Pahang
KELIBAT Fandi Ahmad pada sesi latihan pertama skuad Sri Pahang FC pada Isnin seolah-olah memberi bayangan pengendali dari Singapura itu bakal melatih skuad Tok Gajah bagi mengharungi Liga Malaysia (Liga M) musim depan.
Jurulatih berusia 60 tahun itu dilantik sebagai Penasihat Teknikal Kelab Bolasepak Sri Pahang FC (SPFC) musim ini memberikan kelebihan kepada Fandi untuk kekal di Darul Makmur musim 2023.
Tiada sebarang kenyataan rasmi daripada kelab itu berhubung kedudukan Fandi dan Datuk Dollah Salleh selaku ketua jurulatih Sri Pahang musim ini.
Ia masih menjadi teka-teki kerana setakat ini senarai pemain masih belum diumumkan termasuk import.
Bagaimanapun, keputusan rasmi penyerang import dari Colombia, Steven Rodriguez yang sah tidak bersama skuad Tok Gajah musim depan.
Nasib empat lagi pemain import iaitu Kevin Ingreso dari Filipina, Sherzod Fayziev (Uzbekistan), Mamadou Samassa (Mali) dan Manuel Hidalgo (Argentina) masih mencetuskan tanda tanya sama ada kekal atau sebaliknya.
Media sebelum ini melaporkan hanya Fandi disebut-sebut untuk membimbing skuad itu dengan perubahan yang akan dilakukan terutama menampilkan barisan pemain berpengalaman.
Kehadiran Fandi pada pertengahan musim membantu Sri Pahang memperbaiki kedudukan daripada dasar Liga Super ke tempat ketujuh.
Beliau memberi impak positif kepada skuad Tok Gajah biarpun misi berada di kedudukan kelima tidak kesampaian.
Pada sesi latihan pra musim itu antara pemain yang hadir ialah Nor Azam Azih, Abdul Malik Mat Ariff, Baqiuddin Shamsuddin, Zarif Irfan Hashimuddin, Ashar Al Aafiz bin Abdullah dan Muslim Ahmad. -- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Fandi ahmad
#Sri Pahang FC
#jurulatih Singapura
#skuad Tok Gajah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan