awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Teksi Malaysia di Singapura wajib pasang OBU sebelum pelaksanaan ERP 2 pada 2027
Ketersambungan Borneo asas kukuh pertumbuhan serantau - Abang Johari
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kemenangan pingat emas sepak takraw tidak perlu dipersoalkan - Datuk Ahmad Ismail

Astro Arena
Astro Arena
14/06/2015
08:00 MYT
Kemenangan pingat emas sepak takraw tidak perlu dipersoalkan - Datuk Ahmad Ismail
Untuk temasya Sukan Sea kali ini, setiap negara hanya dibenarkan menyertai dua daripada tiga acara yang dipertandingkan. - Gambar Fail
Skuad sepak takraw Malaysia telah berjaya menamatkan kemarau 10 tahun tanpa pingat emas namun kemenangan mereka dipandang sepi kerana ketiadaan saingan Thailand yang tidak menyertai temasya kali ini.
Kejayaan bersejarah ini hadir menerusi gandingan apit kanan Farhan Adam, tekong Syahir Rosdi dan apit kiri Hanafiah Dollah menundukkan Laos sabtu lalu namun Datuk Ahmad Ismail kesal dengan sikap sesetengah pihak yang menganggap ini merupakan kemenangan yang mudah buat Malaysia.
"Mengapa perlu kemenangan kami ini dipersoalkan? Ia sepatutnya menjadi kebanggaan negara setelah 10 tahun kita tidak pernah raih emas dalam acara ini," ujar Datuk Ahmad.
"Saya percaya atlet kami harus diberikan penghargaan kerana telah mengharungi persediaan yang panjang untuk kejohanan kali ini."
Untuk temasya Sukan Sea kali ini, setiap negara hanya dibenarkan menyertai dua daripada tiga acara yang dipertandingkan, dan mereka hanya memilih untuk sertai acara double dan berpasukan.
BACA: Sukan SEA: 'Jika nak menang, menanglah secara jantan' - Megat Zulkarnain
Topic Berkaitan
#Ahmad Ismail
#Singapura
#Sukan SEA
#takraw
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan