Sorakan peminat sukan tanah air menggamatkan suasana di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sejurus ketibaan jaguh berbasikal trek negara Mohd Azizulhasni Awang, yang merangkul kejuaraan di Kejohanan Berbasikal Trek Dunia UCI di Hong Kong, Khamis lepas.
Ketibaan Mohd Azizulhasni yang terkenal dengan jolokan 'The Pocket Rocketman', turut disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara (ISN) Dr Mohd Khairi Zawi dan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Ahmad Shapawi Ismail.
Suasana di balai ketibaan lapangan terbang itu bertambah meriah dengan gelagat orang ramai yang hadir memakai baju tertera 'Team Malaysia' dengan melaungkan 'Malaysia Boleh' sambil mengibarkan Jalur Gemilang.
BACA: Azizulhasni idam pingat emas di Sukan Olimpik Tokyo
Sementara itu, seorang penuntut institusi pengajian tinggi awam (IPTA), Ahmad Daniel Rosly, 20, berkata beliau amat bertuah kerana dapat bersama-sama meraikan ketibaan wira emas negara selain berpeluang bergambar bersama idolanya itu.
"Saya menjadikan beliau (Mohd Azizulhasni) sebagai idola saya dan kejayaan beliau ini merupakan satu kebanggaan negara. Peluang menyambut dan bergambar bersama beliau tidak akan saya lupakan," katanya.
Bagi seorang pesara, Muhamad Ali Yaakob, 61, beliau menyifatkan peluang menyambut juara dunia dan pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Rio 2016 itu, satu detik manis buat dirinya, yang turut menjadikan aktiviti berbasikal sebagai hobi pada waktu lapang.
"Peluang bersama-sama menyambut kepulangan Mohd Azizulhasni akan menjadi satu memori berharga buat saya. Kejayaan beliau ini boleh dijadikan sumber inspirasi dan suntikan semangat kepada semua pelumba muda," kata bapa kepada lapan anak itu.
Pada perlumbaan akhir berlangsung di Velodrom Hong Kong itu, Mohd Azizulhasni mempamerkan kayuhan bertenaga untuk menewaskan pelumba Colombia, Fabian Hernando Puerta Zapata yang meraih pingat perak, manakala Tomas Babek dari Republik Czech memenangi gangsa dalam acara Keirin.
Untuk rekod, Mohd Azizulhasni memperoleh pingat perak pada 2010 di Denmark selain memenangi dua gangsa di Perancis pada 2015 dan 2016 di United Kingdom dalam acara Keirin. - BERNAMA
Bernama
Mon Apr 17 2017
Atlet basikal negara, Mohd Azizulhasni Awang (tengah) dijulang para peminatnya sewaktu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) malam ini dari Kejohanan Dunia Berbasikal Trek UCI, Hong Kong. - FotoBERNAMA
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Azizulhasni tidak akan beraksi pada ACC 2025
Beliau bagaimanapun tetap akan hadir ke kejohanan berkenaan untuk membantu serta memberi sokongan kepada pelumba-pelumba negara.
Pocket Rocketman bakal kembali berkayuh di ACC 2025?
Datuk Mohd Azizulhasni Awang mungkin bakal 'berkayuh' secara rasmi di Velodrom Nasional, Nilai seawal Februari tahun hadapan pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2025.
Azizulhasni kembali berkayuh sejak Olimpik Paris 2024
Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang kembali berkayuh basikal selepas kali terakhir melakukannya ketika temasya Sukan Olimpik Paris 2024.
Azizulhasni kenang jasa MSN
MSN telah memainkan peranan yang amat penting dalam perjalanan karier saya selama ini, kata Azizulhasni.
Muhammad Shah Firdaus sedia galas tanggungjawab jika Azizulhasni bersara
Pelumba berbasikal trek negara Muhammad Shah Firdaus Sahrom sedia menggalas tanggungjawab sebagai pelumba utama, sekiranya Datuk Mohd Azizulhasni Awang secara rasmi tidak beraksi lagi.
Azizulhasni Awang tawar diri jadi penasihat prestasi
Beliau berkongsi perkara itu menerusi media sosial, sambil menyenaraikan beberapa kelebihan dan pengalamannya sepanjang bergelar atlet.
'Fizikal, mentaliti Azizulhasni lain macam' - Beasley
Beliau berkata, ia berdasarkan kepada kekuatan mental dan fizikal pelumba yang terkenal dengan julukan The Pocket Rocketman itu.
'Azizulhasni pejuang sejati' - Shah Firdaus
Pelumba berusia 28 tahun dari Johor itu mengakui banyak kejayaan yang sudah dilakar oleh rakan seperjuangannya itu yang terkenal dengan julukan The Pocket Rocketman di pentas antarabangsa.
Adakah ini balasan kerana langgar janji kepada keluarga? - Azizulhasni
Beliau berasa bersalah kerana menghampakan rakyat Malaysia dan memohon maaf kerana tidak dapat menunaikan impian membawa pulang pingat emas pertama negara.
Sudah tiba masanya Azizulhasni jadi jurulatih
Hamidin berkata, pengalaman dimiliki Azizulhasni amat bernilai kepada atlet pelapis trek berbasikal negara.