KUALA LUMPUR: Majlis Sukan Negara (MSN) menegaskan keputusan membenarkan jurulatih para negara yang terkait dakwaan kes salah laku seksual kembali bertugas, adalah tepat selepas melalui proses siasatan menyeluruh secara terperinci.
MSN dalam kenyataan hari ini memaklumkan keputusan itu, hanya dibuat selepas hasil siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jawatankuasa Salah Laku dan Perlindungan Dalam Sukan (JSPS) MSN, mendapati tiada bukti menyokong dakwaan berkenaan.
"Sebagai makluman, Jawatankuasa Salah Laku dan Perlindungan Dalam Sukan MSN telah menemu bual 11 saksi dan meneliti keterangan dalam dokumen-dokumen berkaitan, sebelum mencapai keputusan berkenaan.
"Menjadi komitmen MSN untuk sentiasa mengutamakan persekitaran selamat kepada semua pihak yang terbabit dalam program latihan kendalian MSN, dan MSN tidak pernah berkompromi dengan sebarang perlakuan yang memudaratkan atlet negara," menurut kenyataan itu.
MSN juga mengingatkan semua pihak, kesejahteraan mental dan fizikal atlet serta jurulatih perlu diutamakan, justeru sebarang dakwaan tanpa mengemukakan bukti mampu menjejaskan mereka menghadapi temasya sukan utama dunia iaitu Sukan Paralimpik Paris 2024 Ogos ini.
Pada Februari lepas, media tempatan melaporkan Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) mengesahkan jurulatih para telah disiasat, kerana melakukan gangguan seksual terhadap seorang atlet para bawah umur.
Menurut laporan itu, Presiden MPM Datuk Seri Megat D. Shahriman Zaharudin memaklumkan badan induk itu, telah membuat laporan polis selepas menerima e-mel berhubung perkara berkenaan daripada Persatuan Renang Para Malaysia (MPSA).
Pada 31 Mac, MSN memaklumkan dakwaan salah laku seksual membabitkan jurulatih para renang diklasifikasikan sebagai Tiada Tindakan Lanjut, kerana tiada bukti menyokong dakwaan berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 04 2024
MSN memaklumkan, keputusan itu hanya dibuat selepas hasil siasatan PPDRM, JSPS MSN, mendapati tiada bukti menyokong dakwaan berkenaan. - Gambar MSN
Bursa Malaysia dibuka tinggi, teruskan kenaikan
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 2.89 mata kepada 1,585.55 daripada 1,582.66 ketika ditutup pada Isnin.
Apple Pencil baharu hadir dengan sistem haptik
Apabila digunakan pada skrin iPad, pengguna boleh merasakan tindak balas haptik seakan menggunakan pensel sebenar.
[TERKINI] KPM giat laksana pelbagai inisiatif bagi reformasi pendidikan negara
KPM berkata, Laporan Bank Dunia bertajuk 'Bending Bamboo Shoots: Strengthening Foundation Skills' berkenaan sistem pendidikan negara diambil perhatian.
Tentera AS edar gambar jeti maritim Gaza siap dibina
Beberapa gambar pembinaan jeti maritim oleh tentera Amerika Syarikat (AS) di Gaza untuk menghantar bantuan kemanusiaan telah diedarkan Komando Pusat AS pada Isnin.
Pesara tentera maut dilanggar lori menggelongsor
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menyalurkan maklumat berkenaan kepada pegawai penyiasat kes.
Kenaikan cukai perkhidmatan 8% beri kesan kos operasi, unjuran pendapatan Nestle Malaysia dikurangkan
Perbelanjaan operasi bagi 2024 juga diramal bertambah lagi susulan rasionalisasi bahan api yang berkemungkinan dilaksanakan.
Dua sahabat maut dilanggar bas
Mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
25 terbunuh bas terjunam gaung di utara Peru
Bas antara negeri itu membawa 50 penumpang apabila insiden itu berlaku kira-kira 10.10 malam waktu tempatan.
Jepun, Uzbekistan berentap final Piala Asia B-23
Pasukan yang kalah dalam penentuan tempat ketiga itu akan menentang Guinea yang berada pada kedudukan keempat.
Che'gu Bard tiba di Mahkamah Sesyen Johor Bahru berdepan tuduhan lagi
Beliau yang hadir bersama peguamnya, Muhammad Rafique Rashid Ali, dijangka berdepan satu lagi pertuduhan mengikut Akta Hasutan 1948.
Keputusan benarkan jurulatih para renang kembali bertugas tepat - MSN
Majlis Sukan Negara (MSN) menegaskan keputusan membenarkan jurulatih para negara yang terkait dakwaan kes salah laku seksual kembali bertugas, adalah tepat selepas melalui proses siasatan menyeluruh s
MSN siasat dakwaan salah laku seksual jurulatih para renang
MSN juga menegaskan tidak pernah menerima laporan ataupun aduan daripada mana-mana atlet para mengenai salah laku seksual oleh jurulatih sebelum aduan terbaharu ini.
Skuad hoki 5S terima durian runtuh RM96,000
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh menunaikan janjinya apabila meluluskan insentif kemenangan sebanyak RM96,000 kepada skuad Hoki 5 sebelah (5s) lelaki kebangsaan.
MSN semak semula elaun jurulatih, atlet para badminton
Majlis Sukan Negara (MSN) akan menyemak semula pemberian elaun kepada jurulatih dan atlet para badminton yang berada dalam Program Podium.
Laporan Ketua Audit peruntukan kepada MSN 'lesap' tidak benar - MSN
Majlis Sukan Negara (MSN) menjelaskan, Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2022 pada 22 Nov mengenai wang sebanyak RM1.47 juta yang diperuntukkan kepada MSN 'lesap', adalah tidak benar.
LTdL: PKBM, MSN perlu duduk semeja tentukan hala tuju pelumba - Jurulatih
Semangat juang tinggi serta keupayaan pelumba kebangsaan menyaingi pasukan WorldTeam dan ProTeam pada saingan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023 diharap mampu membuka lembaran positif buat mereka.
Ahmad Shapawi tamat perkhidmatan di MSN
Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail, bersara wajib secara rasmi hari ini selepas 35 tahun menyumbang bakti.
MSN pertimbang Karnival Sukan Wanita sebagai acara tahunan
Pihak MSN terharu apabila karnival yang diadakan buat julung kalinya pada tahun ini mendapat sambutan menggalakkan, daripada semua negeri.
KBS anjur Program Pembangunan Jurulatih
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dengan kerjasama Nippon Sports Science University (NSSU) menganjurkan Program Kursus Pembangunan Jurulatih bagi memperkukuh sistem kejurulatihan sukan di negara ini.
LTdL gegar jalan raya Malaysia September ini
Langkawi, bagaimanapun, tiada dalam peta perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) kali ini, kata Ketua Pengarah MSN.