awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keputusan positif buka laluan Hakim Danish terima geran KWASN - CEO SIC

Bernama
Bernama
02/05/2025
09:36 MYT
Keputusan positif buka laluan Hakim Danish terima geran KWASN - CEO SIC
Azhan Shafriman berkata, pihak SIC berharap Hakim Danish dapat mengekalkan momentum prestasi itu sehingga akhir musim. - Bernama
SEPANG: Pelumba muda negara, Muhammad Hakim Danish Ramli perlu membuktikan kemampuannya terlebih dahulu dalam dua kejohanan utama musim ini sebelum layak menerima bantuan menerusi geran Kumpulan Wang Amanah Sukan Negara (KWASN).
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Litar Antarabangsa Sepang (SIC) Azhan Shafriman Hanif berkata karier pelumba berusia 17 tahun itu memerlukan kos yang tinggi dan pihaknya sedang berusaha mendapatkan dana termasuk peluang menampilkan beliau sebagai pelumba wild card dalam perlumbaan MotoGP di Sepang.
"Ketika ini, saingan Rookies Cup masih di peringkat awal. Hakim baru sahaja tamat perlumbaan pusingan pertama dan berjaya menaiki podium dua kali. Kami berharap dia dapat mengekalkan momentum prestasi itu sehingga akhir musim.
"SIC juga sedang berusaha mendapatkan dana tambahan bagi membolehkan beliau beraksi di MotoGP Sepang sebagai pelumba wild card," katanya pada sidang media Malaysia Touring Car Championship di SIC, di sini hari ini.
Menurutnya setakat ini SIC menerima dana kira-kira RM4 juta, namun jumlah itu belum cukup untuk menampung kos keseluruhan penyertaan pelumba berusia 17 tahun itu dalam kejohanan disertainya.
Selain Hakim Danish, SIC juga sedang mengusahakan dana untuk seorang lagi pelumba muda berbakat, Qabil Irfan Azlan.
Terdahulu, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, memaklumkan Hakim berpeluang menerima geran KWASN sekiranya mencatat keputusan positif dalam dua kejohanan disertainya musim ini iaitu Kejuaraan Dunia Junior GP dan MotoGP Rookies Cup.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hakim Danish
#geran KWASN
#prestasi
#SIC
#Azhan Shafriman Hanif
#MotoGP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan