awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan Malaysia mahu aksi di gelanggang berkecuali, bukan di Pyongyang

Bernama
Bernama
25/04/2017
14:04 MYT
Kerajaan Malaysia mahu aksi di gelanggang berkecuali, bukan di Pyongyang
Lokman (gambar) memutuskan untuk bersetuju dan mengambil maklum akan pandangan serta ulasan daripada Kementerian Luar bahawa ketegangan geopolitik antara Korea Utara dan negara-negara lain kini semakin meruncing. - Gambar fail
Kerajaan Malaysia bertegas mahu perlawanan sulung kumpulan B Kelayakan Piala Asia 2019 antara Malaysia dan Korea Utara diadakan di venue berkecuali pada 8 Jun ini.
Keputusan itu sekali gus menolak permohonan yang dibuat Persatuan Bola Sepak Korea Utara (PRKFA) kepada Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) untuk meneruskan aksi di Pyongyang.
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam kenyataan media hari ini berkata perkara itu diputuskan dalam mesyuarat penyelarasan pagi ini yang dipengerusikan Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan Datuk Lokman Hakim Ali dan dihadiri Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Ahmad Shapawi Ismail dan Setiausaha Bahagian Asia Timur Kementerian Luar Datuk S. Ganeson.
"Selepas perbincangan, Datuk Lokman yang mempengerusikan mesyuarat pagi tadi memutuskan untuk bersetuju dan mengambil maklum akan pandangan serta ulasan daripada Kementerian Luar bahawa ketegangan geopolitik antara Korea Utara dan negara-negara lain kini semakin meruncing.
"Sehubungan itu, mesyuarat berkenaan telah bersetuju agar perlawanan tersebut tidak diadakan di Pyongyang tetapi diadakan di gelanggang berkecuali.
"Hasil keputusan tersebut juga akan dibawa maklum kepada AFC untuk tindakan selanjutnya," menurut kenyataan itu.
PRKFA sebelum ini telah membuat keputusan untuk tidak mengemukakan cadangan venue berkecuali sebaliknya menghantar surat kepada AFC bagi mengekalkan Pyongyang sebagai venue perlawanan pertama itu dengan jaminan keselamatan.
Minggu lepas, AFC menghantar surat kepada FAM untuk mengetahui status terkini hubungan diplomatik Malaysia dengan Korea Utara sebelum ia dirujuk kepada Kementerian Luar dan KBS. -- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kelayakan Piala Asia 2019
#Konfederasi Bola Sepak Asia
#Korea Utara
#Persatuan Bola Sepak Korea Utara
#Pyongyang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan