awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kajian Harvard dapati AI tingkatkan produktiviti, tetapi hanya untuk seketika
Kanak-kanak perempuan enam tahun rentung kebakaran rumah di Tambunan
Peniaga didenda RM5,500 cedera, ugut bunuh lelaki warga emas

Kerajaan negeri bakal hadiahkan Akademi Badminton Perak kepada PBA

Bernama
Bernama
14/06/2022
02:13 MYT
Kerajaan negeri bakal hadiahkan Akademi Badminton Perak kepada PBA
PBA menerima khabar gembira apabila kerajaan negeri berjanji menghadiahkan bangunan Akademi Badminton Perak bernilai RM5 juta kepada persatuan itu. -Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Perak (PBA) menerima khabar gembira apabila kerajaan negeri itu berjanji untuk menghadiahkan bangunan Akademi Badminton Perak bernilai RM5 juta kepada persatuan berkenaan.
Ia diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Komunikasi dan Multimedia Perak Khairul Shahril Mohamed pada Kejohanan Badminton Jelajah Remaja Elit (JET) 2022 yang berakhir semalam, bagi membantu usaha melahirkan lebih banyak pemain berpengalaman dari negeri tersebut.
"Negeri Perak mengalu-alukan apa sahaja kejohanan di peringkat tertinggi dan bersedia untuk berkolaborasi membantu sepenuhnya.
"Kejohanan ini juga cukup penting kerana ia merupakan antara usaha untuk melahirkan pemain yang hebat.
"Kerajaan negeri berbesar hati untuk menyerahkan bangunan ini kepada PBA supaya mereka lebih bebas menguruskan, lebih fokus dan saya yakin ia akan memberi impak yang besar untuk industri badminton kita, khususnya dalam melahirkan pemain dan membangunkan industri ini," katanya.
Beliau berkata demikian dalam kenyataan daripada penganjur JET 2022 hari ini.
Sementara itu Setiausaha PBA Mohamed Zambri Buhari berkata pihaknya menerima perkhabaran itu dengan nada positif, serta menyampaikan penghargaan kepada kerajaan negeri kerana memberikan persatuan itu hak milik penuh terhadap akademi tersebut.
"Satu majlis akan diadakan dalam masa terdekat untuk penyerahan rasmi bangunan ini kepada PBA," katanya sambil memuji kesemua pemain negeri yang beraksi pada pusingan kedua JET 2022 menunjukkan prestasi positif.
Sebanyak 14 pasukan negeri menyertai kejohanan tersebut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Persatuan Badminton Perak
#khairul shahril mohamed
#Akademi Badminton Perak
#Mohamed Zambri Buhari
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.