awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerja baiki lampu Stadium Perak selesai, sedia untuk aksi sulung Liga Super

Bernama
Bernama
24/02/2023
00:40 MYT
Kerja baiki lampu Stadium Perak selesai, sedia untuk aksi sulung Liga Super
Khairul Anuar ketika melakukan ujian tahap pencahayaan lampu limpah bersama wakil MFL. - Astro AWANI
IPOH: Stadium Perak 'pulih' seperti sediakala dan bersedia sepenuhnya bagi menghadapi aksi sulung Liga Super antara Perak FC dan Kedah Darul Aman (KDA) FC, esok.
Pengarah Kanan Teknikal Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) Khairul Anuar Lodin berkata ini susulan semua kerja pembaikan dan penggantian sistem lampu limpah Stadium Perak selesai dibaik pulih, semalam.
"Kerja-kerja baik pulih melibatkan Ballast 2000 watt sebanyak 18 unit, dua teras kabel bersaiz 6mm, empat teras kabel saiz 50mm dan mentol 2000 watt sebanyak 15 unit.
"MBI juga telah menjalankan ujian tahap pencahayaan lampu limpah bagi memenuhi piawaian yang ditetapkan dari segi tahap pencerahan oleh Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dan ujian menunjukkan berjaya mendapat tahap 1200 lux," katanya dalam sidang media di sini, malam tadi.
Terdahulu, beliau juga mengadakan ujian tahap pencahayaan lampu limpah bersama wakil MFL.
Jumaat lepas, MBI mengesahkan berlaku kecurian kabel dan komponen lampu limpah di Stadium Perak, yang mengakibatkan anggaran kerugian RM135,000.
Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri turut mengesahkan tiada sebarang unsur sabotaj berhubung insiden pecah masuk bilik yang menempatkan kabel dan komponen lampu limpah di Stadium Perak pada minggu lalu, namun siasatan masih diteruskan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Liga Super
#Stadium Perak
#sistem lampu limpah
#MBI
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan