Skuad badminton Malaysia mengakui menerima tamparan hebat berikutan penarikan diri tonggak utama negara, Datuk Lee Chong Wei daripada Kejohanan Dunia yang bakal berlangsung di Nanjing, China pada Isnin ini.
Jurulatih beregu campuran negara, Pang Cheh Chang berkata walaupun kejohanan berprestij itu merupakan acara individu, penyertaan Chong Wei pada kebiasaannya dapat menyuntik semangat pemain lain untuk mempamerkan aksi lebih baik.
Beliau berkata kehadiran Chong Wei bersama pasukan sebelum ini sangat signifikan kerana prestasi konsisten jaguh negara itu akan memberi motivasi terbaik kepada rakan sepasukan untuk menampilkan aksi yang cemerlang dalam setiap kejohanan.
"Walaupun Kejohanan Dunia acara individu, sudah tentu pemain berasa sedikit tertekan, kalau sebelum ini tumpuan ke arah Chong Wei, kini pemain beregu terutamanya perlu menggalas cabaran itu untuk memberikan prestasi cemerlang kepada negara.
"Setiap pemain beraksi di Kejohanan Dunia pasti mahu menjadi juara, kami sebagai jurulatih hanya membantu dari segi strategi, selebihnya bergantung kepada pemain itu sendiri," katanya ketika ditemui pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.
Pada Kejohanan Dunia itu, Malaysia menghantar tiga beregu lelaki, gandingan Goh V Shem-Tan Wee Kiong, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi dan Aaron Chia-Wooi Yik Soh; dua beregu wanita, Vivian Hoo-Woo Khe Wei dan Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean; serta tiga beregu campuran Goh Soon Huat-Shevon Lai, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing dan Chan Peng Soon-Goh Liu Ying.
Selain itu, pemain perseorangan wanita disertai Soniia Cheah dan Goh Jin Wei manakala pemain profesional, Liew Daren akan bersaing dalam acara perseorangan lelaki.
Mengenai sasaran anak buahnya, Cheh Chang berkata tumpuan perlu diberikan pada setiap pusingan perlawanan yang perlu dilepasi berbanding meletakkan sasaran mara ke separuh akhir atau final.
Beliau berkata saingan pada Kejohanan Dunia berbeza dengan Kejohanan Terbuka kerana kebanyakan pemain bukan pilihan akan melakukan kejutan terhadap pemain utama.
"Persediaan pemain lain bukan sahaja dalam aspek taktikal permainan tetapi stamina dan persediaan mental juga penting. Dalam Kejohanan Dunia, ramai pemain bukan pilihan akan melakukan kejutan.
"Saya tidak meletakkan sebarang sasaran, bagi saya lebih penting mereka melepasi setiap pusingan, selesai satu pusingan kita akan berbincang serta menganalisis kelemahan dan kekuatan pemain dan juga pihak lawan. Persedian setiap perlawanan lebih penting," katanya.
Sementara itu ketua jurulatih beregu lelaki, Paulus Firman berkata beliau tidak mahu anak buahnya memikirkan ketiadaan Chong Wei memberi tekanan tetapi mengambil perkara itu sebagai sesuatu yang positif.
Paulus berkata pemain sepatutnya lebih bermotivasi kerana sandaran dan harapan negara diletakkan kepada mereka.
"Saya mahu pemain menjadi lebih bermotivasi dan bertanggungjawab menggalas cabaran untuk negara. Jangan berasa tertekan sehingga mengganggu permainan mereka," katanya.
Chong Wei menarik diri daripada Kejohanan Dunia kerana mengalami masalah kesihatan iaitu 'respiratory disorder' yang berkaitan dengan sistem pernafasan dengan perlu berehat panjang daripada menyertai sebarang kejohanan.
Pemain itu juga tidak akan beraksi pada Sukan Asia di Jakarta dan Palembang dari 18 Ogos hingga 2 Sept ini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 27 2018
Kehadiran Chong Wei dilihat dapat membantu menaikkan semangat pemain lain. - Gambar fail
Konflik di Gaza terus jadi "perang terhadap wanita" - UNRWA
Israel terus menyasarkan wanita dalam serangan tanpa henti rejim Zionis di Semenanjung Gaza, kata UNRWA.
Kemajuan pembinaan ECRL di empat negeri cecah purata 65 peratus - Loke
Kemajuan pelaksanaan projek ECRL yang merangkumi Kelantan, Terengganu, Pahang, dan Selangor telah mencapai purata 65 peratus setakat April.
Sekurang-kurangnya 15 maut di Sulawesi
Sekurang-kurangnya 15 terbunuh akibat banjir dan tanah runtuh di dua daerah Sulawesi Selatan.
Perayu jemaah haji sudah terima panggilan
Mereka yang layak selepas membuat rayuan sudah menerima panggilan, dengan penerbangan pertama ke Tanah Suci dijadualkan pada 9 Mei ini.
10,000 wanita terbunuh sejak Israel mengganas
Israel terus menyasarkan wanita dalam serangan tanpa henti rejim Zionis di Semenanjung Gaza, kata Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) pada Jumaat.
Jabatan Perbendaharaan AS lawat Malaysia, Singapura minggu depan
Pegawai tertinggi sekatan Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) akan ke Singapura dan Malaysia minggu depan, dalam usaha menyekat saluran dana kepada Iran dan proksinya selain pengelakan sekatan terhadap Russia.
PM Anwar rasmi Taman Rekreasi Madani Woodlands
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini merasmikan Taman Rekreasi Madani Woodlands di Ipoh bagi kemudahan rekreasi dan riadah orang ramai.
Isu boikot: Teliti situasi, pandangan sebelum ambil tindakan
Ia susulan kenyataan Mufti Negeri Perak, Datuk Seri Wan Zahidi Wan Teh yang berkata tindakan boikot terhadap kedai serbaneka KK Mart , sebenarnya bertentangan dengan sunnah Rasulullah SAW.
ASNB lancar platform Ria, raih RM6 juta pelaburan
ASNB melancarkan Penasihat Pelaburan Robo (Ria) secara berperingkat sejak 11 Mac lalu menerima 60,000 pengguna platform itu.
AWANI Ringkas: Penumpang selamat, pesawat ringan terhempas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Badminton: Terima kasih, selamat bersara Kento Momota!
Fanatik badminton dunia akan terlepas aksi menarik dan lakaran emosi tersendiri ditampilkan oleh bekas pemain nombor satu dunia, Kento Momota.
Piala Uber: Tiada daya juang tinggi, Rexy kesal dengan pemain perseorangan wanita negara
Kem perseorangan wanita negara perlu memiliki semangat juang tinggi sekiranya mahu mencabar pemain lain dalam saingan antarabangsa selepas ini.
Kemunculan Momota di gelanggang pastinya dirindui - Pemain badminton dunia
Momota bakal bersara daripada arena sukan badminton antarabangsa selepas Piala Thomas 2024 yang sedang berlangsung di Chengdu.
Malaysia perlu berani menentang Denmark
Hanya kemenangan menentang Denmark, kuasa besar badminton dunia, dalam aksi penting Kumpulan D Piala Thomas 2024 esok akan membawa Malaysia mendahului carta kedudukan.
Lebih ramai atlet dijangka layak ke Paris 2024
Kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik Paris 2024 terus diperkuat dengan empat lagi atlet berjaya mengesahkan slot ke temasya terbesar dunia itu minggu ini, menjadikan sejumlah 10 atlet layak setakat ini
Piala Uber: Malaysia tewas kepada Taiwan
Malaysia memulakan kempen Kumpulan B Piala Uber 2024 mereka dengan langkah kiri apabila tewas 1-4 kepada Taiwan, di sini hari ini.
Pemain Astro Kem Badminton berpeluang berlatih dengan jurulatih dari BAM
Menurut Ketua Jurulatih Astro Kem Badminton 2024, Lee Wan Wah latihan intensif selama 5 hari itu merupakan satu peluang terbaik untuk pemain merasai pengalaman berlatih seperti untuk mewakili negara.
Thomas Cup: Permulaan cemerlang buat Malaysia
Malaysia bermula cemerlang pada perlawanan pembukaan Piala Thomas 2024, dengan menewaskan Hong Kong 5-0 hari ini.
Piala Thomas: Leong Jun Hao lakar kebangkitan, pastikan kemenangan Malaysia!
Leong Jun Hao melakar kebangkitan memastikan Malaysia memperoleh kemenangan ke atas wakil Hong Kong, Angus Ng Ka Long.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Kemenangan straight set benarkan Malaysia raih mata pertama dalam aksi peringkat kumpulan saingan Piala Thomas berdepan Hong Kong.