awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penilai bebas sahkan sistem aerotren KLIA berfungsi ikut perancangan
Parti PM Takaichi dijangka capai kemenangan besar
Kendrick Lamar pecah rekod dengan 26 kemenangan Grammy
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Khai Xing-Aaron enggan dibuai kejayaan raih dua gelaran berturut-turut

Bernama
Bernama
09/12/2025
04:05 MYT
Khai Xing-Aaron enggan dibuai kejayaan raih dua gelaran berturut-turut
Khai Xing-Aaron akan turun beraksi di kejohanan Masters Odisha bermula hari ini hingga 14 Dis dalam misi memburu gelaran hatrik. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Beregu lelaki negara Kang Khai Xing-Aaron Tai enggan dibuai kejayaan memenangi Kejohanan Antarabangsa Syed Modi dan Masters Guwahati yang berlangsung di India baru-baru ini.
Khai Xing berkata meskipun gembira dengan kemenangan itu, beliau dan Aaron masih perlu berusaha keras bagi meningkatkan permainan ke tahap lebih konsisten untuk bersaing dengan beregu handalan dunia.
"Saya sangat gembira dengan kejayaan menjuarai dua kejohanan berturut-turut kerana ia sangat bermakna untuk kami. Kemenangan ini menambah keyakinan dan membantu meningkatkan ranking kami.
"Saya rasa kami masih perlu banyak berlatih dan terus membina keyakinan untuk bersaing dengan pasangan 10 terbaik dunia," katanya menerusi kenyataan yang dikongsikan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) semalam.
Bekas juara remaja dunia itu berjaya meraih gelaran ketiga mereka musim ini selepas menumbangkan gandingan India Pruthvi Krishnamurthy Roy-Krishnaprasad Sai Pratheek 21-13, 21-18 di final Masters Guwahati pada Ahad.
Selepas ini, Khai Xing-Aaron akan turun beraksi di kejohanan Masters Odisha bermula hari ini hingga 14 Dis dalam misi memburu gelaran hatrik.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#India
#badminton
#Kang Khai Xing-Aaron Tai
#Kejohanan Antarabangsa Syed Modi dan Masters Guwahati
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan