awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Khairul Hafiz ingin segera pulih dari kecederaan

Bernama
Bernama
11/09/2017
13:25 MYT
Khairul Hafiz ingin segera pulih dari kecederaan
KHAIRUL HAFIZ: Keadaan saya kini semakin pulih dan berkemungkinan dua minggu lagi boleh kembali memulakan latihan.
Raja Pecut Asia Tenggara, Khairul Hafiz Jantan ingin segera pulih daripada kecederaan dan kini memberi tumpuan penuh kepada proses pemulihan selepas meraih emas pada temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) bulan lepas.
Atlet berusia 19 tahun dari Melaka itu berkata fokus beliau buat masa ini adalah untuk pulih sepenuhnya agar segera dibenarkan menjalani semula latihan sebagai persediaan menghadapi Sukan Komanwel dan Sukan Asia tahun depan.
"Alhamdulillah keadaan saya kini semakin pulih dan berkemungkinan dua minggu lagi boleh kembali memulakan latihan," katanya kepada pemberita pada perhimpunan bulanan anjuran Jabatan Penyiaran Melaka yang dirasmikan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron di Kompleks Seri Negeri, Ayer Keroh di sini hari ini.
Pada majlis sama, Idris menyampaikan insentif kepada 30 atlet dari negeri ini yang memproleh pingat pada KL2017 bulan lepas melibatkan peruntukan berjumlah RM269,000.
'The Speedy Jantan' menerima RM8,000 apabila atlet olahraga itu berjaya merangkul pingat emas bagi acara 100m, memecah rekod kebangsaan bagi acara 200m pada Kejohanan Olahraya Terbuka Malaysia (RM5,000) dan RM2,500 bagi acara 4 x 100m pada kejohanan sama.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kecederaan
#Khairul Hafiz Jantan
#KL2017
#pemulihan
#raja pecut
#Sukan SEA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan