awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Khairul Idham Pawi ketiga terpantas dalam latihan bebas Moto3

Bernama
Bernama
28/10/2016
13:48 MYT
Khairul Idham Pawi ketiga terpantas dalam latihan bebas Moto3
Khairul Idham Pawi berkata dia berpuas hati kerana dapat beraksi konsisten dan berada di kedudukan tiga teratas. - Gambar fail
Pelumba Moto3 negara, Khairul Idham Pawi mempamerkan aksi bertenaga pada latihan bebas kedua apabila menduduki tempat ketiga terpantas dengan catatan 2 minit 27.670 saat, hari ini.
Beliau ketinggalan 1.180 saat di belakang pelumba Itali Francesco Bagnaia dari pasukan Pull & Bear Aspar Mahindra Team yang mencatat masa terpantas iaitu 2:26.490s.
Pelumba Sepanyol Jorge Navarro dari pasukan Estrella Galicia 0,0 kedua terpantas dengan masa 2'26.914s.
"Saya selesa dengan keadaan litar yang berwajah baru.. cengkaman pada tayar juga pun agak sederhana yang memudahkan tunggangan saya.
"Saya juga berpuas hati kerana dapat beraksi konsisten dan berada di kedudukan tiga teratas," kata pelumba dari pasukan Honda Team Asia kepada pemberita selepas sesi latihan di sini, hari ini.
Sementara itu, dua lagi pelumba negara iaitu Adam Norrodin daripada pasukan Drive M7 SIC Racing Team dan Hafiq Azmi yang mewakili pasukan Peugeot MC Saxoprint masing-masing sekadar berada di kedudukan 13 dan 26 dengan catatan masa 2:28.861s dan 2:30.352s.
Kejohanan Motosikal Grand Prix Malaysia bermula pada hari ini sehingga 30 Okt di SIC. -- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Francesco Bagnaia
#Khairul Idham Pawi
#latihan bebas
#Moto3
#pelumba negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan