Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berharap tindakan yang bakal dikenakan Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF) terhadap Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) tidak akan menjejaskan program persediaan atlet sukan berkenaan.
Ia ekoran tindakan pemain Malaysia memulaukan perlawanan regu kedua peringkat akhir berpasukan Kejohanan Dunia Sepak Takraw Piala Raja Thailand ke-31 di Bangkok pada 23 Okt lepas.
"Saya difahamkan, ISTAF sedang melihat isu ini dan saya serah kepada ISTAF untuk mengambil sebarang tindakan.
"Saya berharap keputusan ISTAF tidak akan menjejaskan program persediaan atlet dalam Program Podium atau Kita Juara. Bagaimanapun, kita kena tunggu dahulu apa tindakan ISTAF," kata Khairy pada sidang media selepas menutup persidangan Majlis Perundingan Belia Negara di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.
Menurut laporan akhbar baru-baru ini, sembilan pemain negara serta pegawai pasukan yang disenaraikan dalam perlawanan akhir itu, bertindak memulaukan pertandingan selepas regu pertama negara tewas kepada regu Thailand.
Setiausaha Agung ISTAF Abdul Halim Kader dalam kenyataan media pada Jumaat lepas, memaklumkan sembilan pemain negara, pegawai pasukan dan pihak-pihak berkaitan bakal dipanggil Lembaga Siasatan persekutuan itu, sebelum dikenakan sebarang tindakan kerana insiden berkenaan memalukan pihak tuan rumah.
Terdahulu Khairy pada majlis penutup persidangan Majlis Perundingan Belia Negara itu melancarkan Kursus Asas Kepengadilan Kebangsaan 1 Belia 1 Pengadil (1B1P) yang akan dianjurkan secara kerjasama antara Majlis Belia Malaysia (MBM) serta Kementerian Belia dan Sukan.
Kursus asas membabitkan tiga jenis sukan iaitu bola sepak, sepak takraw dan bola jaring itu bertujuan mencungkil bakat dalam kalangan belia dan beliawanis.
Dalam perkembangan lain, Khairy memaklumkan beberapa usul dan cadangan yang dibentangkan dalam persidangan Majlis Perundingan Belia Negara akan disampaikan kepada menteri-menteri yang berkenaan untuk tindakan selanjutnya.
"Saya secara peribadi rasa puas hati dengan kualiti usul-usul dibentangkan. Kebanyakannya isu-isu semasa seperti kesihatan mental dan pemakanan. Ini semua ada kaitan dengan cabaran golongan muda yang perlu kita bincangkan.
"Misalnya, isu kesihatan mental dan kemurungan dalam kalangan anak muda...tekanan dalam kalangan pelajar-pelajar. Dari segi masalah pemakanan pula libatkan soal obesiti dan anoreksia," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 03 2016
KHAIRY: Kita kena tunggu dahulu apa tindakan ISTAF.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
300 stesen pengecasan EV akan ditambah dalam tempoh dua tahun - Ab Rauf
Kerajaan Melaka cadang tambah hingga 300 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh.
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Pemandu bas sekolah akan didakwa selepas kebakaran ragut 23 nyawa, kata polis Thailand
Pemandu itu menyerah diri pada lewat petang Selasa dan sedang disoal siasat di balai polis Khu Khot.
23 dikhuatiri terkorban selepas bas dua tingkat terbakar di Bangkok
Sekurang-kurangnya 23 orang termasuk pelajar dari wilayah Uthai Thani di utara Thailand, dikhuatiri terkorban selepas bas dua tingkat yang dinaiki mereka terbakar pada Selasa.
ATBC: Muhammad Rafiq menang emas, Malaysia sapu bersih pingat perseorangan lelaki
Muhammad Rafiq menebus kekecewaan pada edisi lepas dengan menjuarai acara perseorangan lelaki pada Kejohanan Tenpin Boling Asia.
Kedutaan Malaysia di Bangkok anjur resepsi hari kebangsaan, sambut hubungan dua hala yang erat
Lebih 600 tetamu, termasuk diplomat asing, profesional Malaysia, ahli perniagaan, wakil dewan perniagaan dan Malaysians in Bangkok (MIB) hadir.
Penerbangan Malaysia Airlines ke Bangkok buat penurunan kecemasan dan pulang ke KLIA
Penerbangan Malaysia Airlines MH780 mengalami "isu tekanan" semasa dalam penerbangan ke Bangkok hari ini selepas berlepas dari Kuala Lumpur pada 5:59 petang.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
MPC tutup kempen di Bangkok dengan cemerlang
Dalam aksi peringkat terakhir, pelumba MPC berhasil meraih tempat kedua dengan mempamerkan kemahiran dan keazaman luar biasa.
Mohammad Rifdean idam kontrak ONE Championship, tali pinggang
Atlet dari Sarawak itu memerlukan 78 saat untuk menundukkan Pichai Lookbanmai dengan pukulan TKO dalam pertarungan ONE Friday Fights 56.
Kedutaan lancar kempen promosi produk Malaysia di Thailand
Kempen "Taste of Malaysia" merupakan program berterusan untuk meningkatkan identiti jenama produk Malaysia di Thailand.
Kecoh apabila dua kumpulan pondan bertempur di Bangkok
Polis bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima laporan 20 wanita transgender warga Filipina menyerang dua wanita transgender warga Thailand.