Jurulatih skuad Harimau Muda, Ong Kim Swee menganggap prestasi dan mutu pemainnya yang mula mendapat perhatian kelab Eropah sebagai tanda positif ke arah pembangunan bola sepak tanah air.
Beliau berkata kesemua pemainnya mempunyai kualiti permainan yang tersendiri untuk membarisi mana-mana kelab Eropah.
"Sekarang ini pemain muda negara mula berada dalam radar pencari bakat bagi pasukan Eropah dan ini merupakan perkembangan yang baik untuk pemain yang terpilih kerana mereka bakal mendapat pendedahan lebih meluas.
"Pemain muda ini amat kompetatif dan komited dengan mutu permainan yang mana sikap seperti ini amat disukai kelab Eropah selain pencapaian mereka merangkul pingat emas Sukan SEA 2011 dan Newspaper Cup di Vietnam baru-baru ini," katanya kepada Bernama.
Bekas pemain Harimau Muda A, Ahmad Fakri Saarani dikhabarkan akan bermain di Liga Eropah. Beliau kini bermain untuk Felda United.
Pemain kelahiran Kelantan yang berusia 23 tahun ini dilapor akan mengikat kontrak selama enam bulan bersama Kelab Divisyen Tiga Portugal, Atletico Sport Clube Reguengos, mengikuti jejak langkah Nazmi Faiz Mansor yang kini bermain bersama kelab remaja Beira Mar di negara yang sama.
Kim Swee berkata usaha meningkatkan mutu pemain muda negara perlu sentiasa diteruskan dengan bukan hanya tertumpu kepada skuad Harimau Muda tetapi juga Harimau Muda B.
"Kita perlu lebih memberi pendedahan kepada pemain muda yang kita ada hari ini dengan memperbanyakkan lagi perlawanan di peringkat antarabangsa dan kita juga wajar melibatkan pemain dari Skuad Harimau Muda B kerana mereka ini sudah pasti satu hari nanti akan bermain mewakili negara," katanya.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata kecederaan lutut yang dialami pemain pertahanan Harimau Muda, Mohamad Fandi Othman adalah tidak serius.
"Saya dimaklumkan Fandi menjalani pembedahan 'athroscopic chondroplasty' pada lutut kiri kira-kira 2 petang tadi dan akan mengambil masa kira-kira dua hingga tiga bulan untuk pulih.
"Bagi saya walaupun beliau cedera sekarang, ia bukan satu masalah kerana lebih elok cedera sekarang sebelum kita mula bermain dalam perlawan yang kompetatif," kata Kim Swee.
Bernama
Wed Nov 07 2012
Niaga AWANI: Kadar inflasi di Argentina melonjak hampir 290 peratus
Kadar inflasi tahunan di Argentina meningkat kepada 289.4 peratus harga di negara tersebut meningkat 8.8 peratus pada April.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Rumah bawah RM300 ribu paling banyak dilancar pada suku pertama
Harga kediaman baharu di bawah RM300 ribu catat peningkatan pada suku pertama 2024 apabila merekodkan jumlah paling banyak dilancarkan.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Syarikat gergasi EV dari China lancar model baharu di Mexico
Pengeluar kenderaan jenama BYD dari China berkata, syarikat itu tidak pernah mengintai peluang memperluaskan pasarannya ke Amerika Syarikat. Ia dibuktikan apabila syarikat itu melancarkan Shark, sebuah trak pikap elektrik hibrid bersaiz sederhana, di Mexico.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Rusia sasar untuk jadi antara empat ekonomi terbesar dunia - Putin
Matlamat itu ditekankan Putin dalam ucapannya di Perhimpunan Persekutuan Rusia pada Februari 2024.
Penyiapan HSR Singapura-KL antara tugas Perdana Menteri baharu Lawrence Wong
Wong dijangka mengutamakan perjanjian dan inisiatif sedia ada serta melonjakkannya ke tahap lebih tinggi seperti pembangunan JS-SEZ.
Jemaah Menteri Malaysia rakam ucapan tahniah kepada Lawrence Wong
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, berkata ucapan itu antara intipati mesyuarat Kabinet dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, di Putrajaya pada Rabu.
Fahmi kecam tindakan Meta turunkan posting Anwar jumpa Hamas
Menterinya, Fahmi Fadzil berkata, dua media melaporkan perkara itu kepada kementeriannya, dengan Meta memberi alasan status itu berkaitan sebuah organisasi yang Meta anggap berbahaya.
[TERKINI] Konsortium umum tawaran bersyarat bagi MAHB
Gateway Development Alliance dan para pemegang sahamnya (secara bersama dikenali sebagai Konsortium) mengumumkan tawaran sukarela prasyarat bagi mengambil alih semua saham dalam Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) yang belum dimiliki konsortium itu, pada harga tawaran sebanyak RM11.00 bagi setiap saham.
Konsortium diterajui Khazanah, KWSP umum tawaran bersyarat bagi MAHB
Gateway Development Alliance dan para pemegang sahamnya (secara bersama dikenali sebagai konsortium) mengumumkan tawaran sukarela prasyarat bagi mengambil alih semua saham dalam MAHB.
Astro tawar 51 perlawanan UEFA EURO 2024 HD di SPOTV Stadia, SPOTV2
Semua pelanggan Astro Sports Pack akan mendapat akses percuma sehingga ke perlawanan akhir pertandingan tersebut
Fakri bakal sertai Kelantan
Pemain kebangsaan, Ahmad Fakri Saarani bakal menguatkan skuad Kelantan apabila pintu perpindahan kedua Liga-M dibuka April depan.
Kim Swee gembira pemain Harimau Muda dapat perhatian Kelab Eropah
Jurulatih skuad Harimau Muda, Ong Kim Swee menganggap prestasi dan mutu pemainnya yang mula mendapat perhatian kelab Eropah sebagai tanda positif ke arah pembangunan bola sepak tanah air.