awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Steven Spielberg sertai kelab elit EGOT selepas menang Grammy pertama
PGA Sarawak catat 23 kejayaan operasi, rampasan cecah RM35.31 juta
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KL City tidak terburu-buru senarai pengganti Shukor Adan

Astro Arena
Astro Arena
16/10/2023
22:15 MYT
KL City tidak terburu-buru senarai pengganti Shukor Adan
Shukor beralih angin untuk berbakti sebagai penolong jurulatih kepada skuad B-23 negara. - Foto Astro ARENA
KETUA Pegawai Eksekutif (CEO) skuad Kuala Lumpur City, Stanley Bernard, menjelaskan bahawa mereka tidak terburu-buru untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan Shukor Adan biarpun sudah mengenal pasti calon yang sesuai.
Bekas pemain tengah kebangsaan itu beralih angin untuk berbakti sebagai penolong jurulatih kepada skuad B-23 negara.
"Ketika khabar angin mengaitkan Bojan Hodak akan mengemudi pasukan kebangsaan selepas membantu KL City menjulang Piala Malaysia, saya pernah katakan bahawa ia umpama khidmat negara yang perlu diutamakan.
"Pasukan Malaysia adalah paling penting kerana menjadi watak utama di peta bola sepak dunia.
"Kelab adalah ekosistem. Sama juga dengan situasi Shukor.
"Kami berasakan bukan mudah untuk diganti, penggantinya pasti akan ada dan lebih kukuh. Kami sentiasa mahu menggilap jurulatih muda dan sudah tentu kami perlu ada pelan B kalau meletakkan perancangan selama lima tahun.
"Tapi saya tidak mahu menamakan sebarang pemain kerana masih awal, lagipun saingan musim depan bermula pada April.
"Barisan kejurulatihan 2024 sedang dipertimbangkan dan apa yang penting adalah keserasian mereka untuk bekerjasama," katanya.
Hujung minggu ini tumpuan terarah semula kepada saingan separuh akhir pertama Piala Malaysia.
Justeru, Kuala Lumpur City perlu mengatasi Terengganu FC terlebih dahulu jika ingin mengulangi pencapaian menjulang trofi juara pada 2021.
Sementara itu, Perak FC akan melayani kunjungan Johor Darul Ta'zim (JDT) pada Khamis ini untuk peluang ke final buat kali pertama sejak 2018.
Topic Berkaitan
#KL City
#shukor adan
#Stanley Bernard
#Piala Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan