awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
5,500 hadir konsert amal M. Nasir di UPSI
Perjanjian antara Aeroline-Corus KLCC tamat dengan penutupan hotel
EPL: Liverpool cicir mata diikat kelab kedua tercorot
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Klasik Qatar: Aifa tarik diri, perjuangan berakhir di pusingan kedua

Bernama
Bernama
01/10/2025
01:20 MYT
Klasik Qatar: Aifa tarik diri, perjuangan berakhir di pusingan kedua
Aifa Azman (kiri) dan Melissa Alves ketika beraksi dalam Kejohanan Skuasy Klasik Qatar 2025 di Kompleks Tenis dan Skuasy Antarabangsa Khalifa, Doha, 30 Sept 2025. - Foto X PSA Squash Tour
KUALA LUMPUR: Kempen pemain skuasy negara, Aifa Azman, dalam Kejohanan Skuasy Klasik Qatar 2025 berakhir selepas beliau terpaksa menarik diri pada set keempat aksi pusingan kedua menentang wakil Perancis Melissa Alves, di Doha, semalam.
Pemain berusia 23 tahun itu, yang ketika itu terikat 2-2 dengan Melissa, membuat keputusan menarik diri di Kompleks Tenis dan Skuasy Antarabangsa Khalifa.
Anak jati Kedah itu, yang sebelum ini tidak pernah menewaskan Melissa dalam tiga pertemuan, mempamerkan permulaan meyakinkan apabila memenangi set pertama 11-9 sebelum tewas 7-11, namun bangkit semula untuk mendahului 11-7.
Melissa seterusnya akan bertemu juara bertahan dari Mesir, Nour El Sherbini, selepas pilihan utama itu bangkit daripada kekalahan set pertama untuk menyingkirkan rakan senegara, Nour Heikal, 8-11, 11-3, 11-3, 11-7.
Malaysia bagaimanapun masih mempunyai dua wakil dalam kejohanan ini iaitu S. Sivasangari dan Aira Azman yang akan beraksi pada suku akhir, malam ini.
Result: QTerminals Qatar Classic 2025 RD2@melissalves973 advances to the quarter-finals after her match with Aifa Azman is cut short due to injury. Azman was unable to continue the match after failing the Sport Concussion Assessment Test following a fall. 3-2: 9-11, 11-7, pic.twitter.com/7vg5TnUCx6
— PSA Squash Tour (@PSASquashTour) September 30, 2025
Pemain pilihan ketujuh, Sivasangari, dijadual bertemu pilihan kedua dari Mesir, Hania El Hammamy, manakala Aira akan berdepan pilihan keempat, juga dari Mesir, Amina Orfi.
Kejohanan bertaraf platinum dalam Jelajah PSA itu menawarkan jumlah hadiah keseluruhan US$231,500 (kira-kira RM976,000) masing-masing bagi kategori lelaki dan wanita.
Result: QTerminals Qatar Classic 2025 RD2 [1] @noursherbini beats Nour Heikal 3-1: 8-11, 11-3, 11-3, 11-7 (35m)#QatarClassic pic.twitter.com/vqQzD9TanL
— PSA Squash Tour (@PSASquashTour) September 30, 2025
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Skuasy
#klasik qatar
#Aifa Azman
#Qatar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan