awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KLBA beri penghargaan buat legenda badminton Datuk Punch Gunalan

Bernama
Bernama
05/11/2023
07:00 MYT
KLBA beri penghargaan buat legenda badminton Datuk Punch Gunalan
Presiden KLBA Datuk Seri Dr Jahaberdeen Mohamed Yunoos (dua, kiri) menyampaikan cenderahati sempena memperingati mendiang Datuk Punch Gunalan kepada balunya, Datin P.Vijeyakumari (dua, kanan) hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Kuala Lumpur (KLBA) mengadakan majlis penghargaan sebagai memperingati jasa dan sumbangan legenda badminton negara mendiang Datuk Punch Gunalan di Stadium Titiwangsa di sini hari ini.
Presiden KLBA Datuk Seri Dr Jahaberdeen Mohamed Yunoos berkata inisiatif itu dalam masa sama bertujuan mengenang usaha mendiang yang telah mengharumkan nama negara sehingga persada antarabangsa.
"Orang ramai juga tahu tentang pencapaiannya selain sumbangan dari segi pentadbiran sukan badminton di negara dan juga antarabangsa sama ada di KLBA, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mahupun Persekutuan Badminton Dunia (BWF).
"Mendiang Datuk Punch Gunalan juga merupakan bekas presiden KLBA, jadi kalau persatuan ini tak hargai dia jadi tak munasabah," katanya kepada pemberita selepas turut menyerahkan plak penghargaan kepada balu mendiang Datin P. Vijeyakumari yang hadir bersama anak lelakinya Dr G. Roshan pada majlis itu.
"Saya amat berterima kasih kepada KLBA kerana mengadakan majlis ini, ia sangat menyentuh hati saya," kata Vijeyakumari sambil menahan sebak ketika ditemui.
Bekas jaguh badminton negara itu merupakan antara pemain yang paling berbakat dalam acara perseorangan dan beregu pernah dilahirkan di negara ini apabila menyumbang beberapa butir pingat untuk negara pada pelbagai kejohanan badminton antarabangsa.
Mendiang juga pernah memegang jawatan Setiausaha Kehormat BAM dari 1985 hingga 1997. Jawatan terakhirnya dalam badan sukan badminton Malaysia itu ialah sebagai Timbalan Presiden pada 2005.
Mendiang meninggal dunia akibat barah pada 15 Ogos 2012.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Persatuan Badminton Kuala Lumpur
#majlis penghargaan
#legenda badminton negara
#Punch Gunalan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan