JURGEN Klopp berkata Liverpool sedang menilai tahap kecergasan Mohamed Salah dan Virgil van Dijk ketika mereka membuat persiapan untuk perlawanan Liga Perdana Inggeris yang wajib dimenangi menentang Southampton awal pagi esok.
The Reds yang mengejar empat kejuaraan dan diberikan harapan baru mereka untuk merampas gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) daripada Manchester City apabila pasukan kendalian Pep Guardiola keciciran dua mata dalam keputusan seri 2-2 di West Ham Ahad lalu.
Juara bertahan City, dengan baki satu perlawanan, mendahului empat mata di puncak carta dengan perbezaan gol yang jauh lebih baik daripada pesaing mereka, yang berbaki dua perlawanan.
Liverpool menewaskan Chelsea menerusi penentuan sepakan penalti dalam perlawanan akhir Piala FA pada hujung minggu untuk melengkapkan gelaran kedua daripada empat yang telah disasar.
Tetapi Klopp sedang menunggu untuk mengetahui tahap kecederaan kepada penjaring terbanyak Salah dan pemain pertahanan Van Dijk, yang kedua-duanya dipaksa keluar di Wembley Sabtu lalu.
Pertahanan, Andy Robertson, turut dikeluarkan pada peringkat akhir akibat kekejangan, manakala Klopp mengesahkan bahawa Fabinho tidak akan terlibat di Southampton selepas mengalami kecederaan otot di Aston Villa minggu lalu.
“Proses ini belum selesai kerana kami hanya bermain 120 minit dua hari lalu,” kata Klopp.
“Jadi apabila pemain-pemain mula menjalani latihan, saya perlu membuat banyak keputusan. Kemudian kami akan membariskan pasukan yang terbaik.
“Apa yang saya boleh janjikan dan pastinya adalah kami akan membariskan pasukan hanya untuk satu sebab -- untuk cuba memenangi perlawanan di Southampton, walaupun sukar, kerana itu jelas tugas yang perlu dilakukan.
“Kita kena lihat siapa yang boleh membantu. 30 minit tambahan (di Wembley) membuat perubahan besar, tetapi kita perlu lihat.”
Astro Arena
Tue May 17 2022

Salah ketika bermain semasa sesi latihan sebelum perlawanan akhir Piala FA antara Chelsea dan Liverpool, di Stadium Wembley, London, 14 Mei 2022. (Foto AP)

AWANI Ringkas: PH belum muktamad pembahagian kerusi PRU-15

COVID-19: Vaksin khusus Omicron mampu tingkat perlindungan - EMA
Keberkesanan vaksin telah terjejas apabila virus itu telah bermutasi.

Kem Badminton Astro: Ketua jurulatih masih tercari-cari bakat luar biasa
Chew Choon Eng mengharapkan lebih ramai pemain berpotensi di kem pemilihan Kuala Lumpur pada 16 dan 17 Julai ini.

COVID-19: 2,536 kes baharu, lima kematian direkod
Tiada kematian melibatkan kes di luar fasiliti hospital, 'brought-in-dead' (BID).

Lelaki maut motosikal terbabas, langgar lori sampah
Mangsa disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah di badan dan kepala selepas terseret kira-kira 40 meter.

Pengunjung pusat beli-belah maut dalam insiden tembakan
Polis enggan mengulas tentang motif suspek dalam kejadian ini dan jika dia mempunyai sejarah jenayah lampau.

Banjir: Penduduk New South Wales diarah berpindah
Jabatan Kecemasan Negeri mengeluarkan lebih 35 arahan berpindah sejak Sabtu.

The Palace Museum tarikan terbaharu di Hong Kong
Pembukaan itu turut bersempena ulang tahun ke-25 wilayah pentadbiran khas Hong Kong kembali ke pangkuan Beijing pada 1 Julai.

20 maut bas tergelincir masuk gaung
Kejadian berlaku di kawasan pergunungan terpencil di wilayah berkenaan ketika bas tersebut dalam perjalanan ke Quetta dari Rawalpindi.

Polis kutip saman RM440,350
Orang ramai mengambil kesempatan melunaskan saman melalui potongan diskaun sehingga 50 peratus sempena jelajah tersebut.

Teka-teki berakhir, Salah sambung kontrak
The Reds tidak menyatakan secara terperinci kandungan kontrak, namun difahamkan Salah menandatangani perjanjian hingga 2025.

Liverpool cadang 'pancing' bintang Korea Heung-min jika Spurs gagal ke UCL
Jurgen Klopp dilaporkan telah mengenal pasti penyerang Spurs itu sebagai pengganti berpotensi untuk Sadio Mane atau Mohamed Salah.

Final UCL: Liverpool terluka tapi akan kembali - Klopp
Kekalahan tipis 0-1 kepada Madrid di Stade de France bermakna Liverpool menamatkan musim dengan julangan trofi Piala FA dan Piala Liga Inggeris (EFL)

LeBron jangka Liverpool bakal julang Liga Juara-Juara di Paris
LeBron telah meramalkan pertembungan tujuh gol untuk The Reds dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara bertemu Real Madrid.

Mbappe ke Liverpool? Mustahil, kata Klopp
Mbappe akan tamat kontrak dengan PSG bulan depan dan mendedahkan minggu lalu dia hampir membuat keputusan mengenai masa depannya.

Klopp bakal nilai tahap kecergasan Salah, Van Dijk
Salah dan Van Dijk dipaksa keluar akibat kecederaan, di Wembley Sabtu lalu.

Liverpool juara Piala FA, kini buru empat gelaran
Skuad kendalian Jurgen Klopp itu menang 6-5 menerusi penentuan sepakan penalti di Wembley.

Klopp lanjut kontrak bersama Liverpool
Pengendali Jerman itu sebelum ini kelihatan bercadang meninggalkan perlawanan, untuk berehat, selepas tamat kontrak.

Dibenam Liverpool: Manchester United bukan sekadar memalukan malah mengaibkan - Rangnick
Ia adalah kali kedua pada 2021-22 kelab dari Merseyside itu menewaskan United selepas menang 5-0 di Old Trafford November lalu.

Klopp setuju dengan sekatan terhadap pemilik Chelsea
Pemilik Chelsea itu merupakan antara tujuh oligarki Rusia yang dibekukan asetnya sejak Khamis lalu.