awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perniagaan Jepun terjejas akibat pengurangan pelancong China
New York dilanda salji tebal, ribuan perjalanan terganggu
Gunung Etna meletus, abu tebal cetus amaran penerbangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Klopp positif Salah tandatangani kontrak baru

Astro Arena
Astro Arena
13/01/2022
04:34 MYT
Klopp positif Salah tandatangani kontrak baru
Klopp (kiri) yakin Salah (kanan) akan menandatangani kontrak baharu dengan Liverpool. - Foto Getty Images
JURGEN Klopp yakin Mohamed Salah akan menandatangani kontrak baharu dengan Liverpool di tengah-tengah spekulasi mengenai masa depan penyerang itu.
Salah, yang kini bertugas antarabangsa bersama Mesir di Piala Negara-Negara Afrika, baru-baru ini memberikan temu bual kepada GQ di mana dia menyatakan dia tidak meminta 'perkara tidak masuk akal' semasa rundingan, sambil menambah bahawa dia mahu kekal tetapi keputusan itu terletak di tangan kelab.
Bercakap pada sidang akhbar menjelang perlawanan separuh akhir pertama Piala EFL menentang Arsenal pada Khamis ini, Klopp ditanya mengenai sama ada dia bimbang bintang itu mungkin tidak menandatangani semula kontrak baru, dengan hanya tinggal 18 bulan dalam perjanjian semasanya di Anfield.
"Saya tahu bahawa Mo mahu kekal. Kami mahu Mo kekal. Itulah situasi buat masa ini," kata Klopp.
"Perkara ini mengambil masa. Saya fikir perbincangan berjalan lancar. Saya sangat positif mengenainya.
"Tiada apa yang perlu dirisaukan, ia adalah proses biasa. Dia mempunyai kontrak di sini untuk musim ini dan musim depan. Semuanya baik-baik saja."
Topic Berkaitan
#jurgen klopp
#Liverpool
#Mohamed Salah
#kontrak baharu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan