awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Melaka terima pelaburan lebih RM9 bilion bangunkan pusat data AI di Jasin
MARA tidak kompromi, sorok sebarang isu integriti petugasnya - Asyraf Wajdi
Dasar Penyakit Jarang Jumpa perkemas tadbir urus, akses rawatan - Dzulkefly
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Masa depan saya terletak di tangan pemilik kelab Liverpool - Salah

Astro Arena
Astro Arena
12/01/2022
06:06 MYT
Masa depan saya terletak di tangan pemilik kelab Liverpool - Salah
SALAH: Saya mahu kekal, tetapi ia bukan di tangan saya; ia di tangan mereka.
MOHAMED Salah menegaskan dia tidak menuntut kontrak 'tidak masuk akal' kerana dia sekali lagi menegaskan masa depan Liverpool berada di tangan kelab.
Kontrak bintang Mesir itu tamat pada penghujung musim 2022-23 dan belum ada perbincangan yang mencapai kata sepakat antara kedua-dua pihak.
Pemain berusia 29 tahun itu sebelum ini telah menyatakan dengan jelas bahawa dia mahu kekal di Anfield tetapi terpulang kepada pemilik Reds, Fenway Sports Group, untuk mencapai persetujuan yang boleh diterima.
Bercakap kepada GQ, Salah menyeru kelab itu untuk menunjukkan penghargaan mereka atas apa yang telah dicapainya sejak menandatangani kontrak dari Roma pada 2017.
"Saya mahu kekal, tetapi ia bukan di tangan saya. Ia di tangan mereka," katanya. "Mereka tahu apa yang saya mahu. Saya tidak meminta perkara yang tidak masuk akal.
"Pokoknya adalah apabila anda meminta sesuatu dan mereka menunjukkan kepada anda bahawa mereka boleh memberi anda sesuatu, [mereka sepatutnya] kerana mereka menghargai apa yang anda lakukan untuk kelab.
"Saya telah berada di sini untuk tahun kelima sekarang. Saya sangat mengenali kelab itu. Saya suka peminat. Peminat menyayangi saya. Tetapi dengan pentadbiran, mereka telah diberitahu keadaannya. Ia di tangan mereka."
Topic Berkaitan
#kontrak tamat
#Liverpool
#Mohamed Salah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan