BEKAS pemain sayap negara, M. Kogileswaran Raj, sedia menerima penurunan gaji empat kali ganda demi kelangsungan kariernya dalam bola sepak.
Pemain berusia 24 tahun itu turut mengesahkan bahawa dia akan kembali mewarnai kancah Liga Malaysia tetapi masih berteka-teki mengenai destinasi terbarunya selepas mengumumkan perpisahannya dengan kelab Liga K2 Korea Selatan, Chungbuk Cheongju, semalam.
Dalam satu temu bual eksklusif bersama wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, pemain yang mesra disapa Kogi itu mengesahkan perpindahannya masih belum dimuktamadkan dan akan diketahui dalam tempoh 24 jam.
"Tawaran yang saya akan terima nanti melibatkan tawaran gaji yang empat kali ganda lebih rendah berbanding apa yang saya terima di Korea.
"Ia kerana saya mahu bermain dan saya juga sudah berbincang dengan pasukan baru itu dan berasakan ia merupakan platform terbaik untuk saya mendapatkan kesebelasan utama dan merebut kembali tempat saya dalam skuad kebangsaan," katanya.
Kogi, yang muncul pemain negara pertama beraksi dalam Liga K2, dilaporkan mendapat tawaran daripada beberapa pasukan Liga Super, antaranya Terengganu FC, PDRM FC dan Penang FC.
Untuk rekod, Kogi menandatangani kontrak setahun bersama Chungbuk Cheongju tetapi hanya sempat beraksi dalam satu perlawanan Piala FA Korea pada Mac lalu.
Mengulas mengenai isu meninggalkan kelab Korea itu, dia menafikan ia disebabkan prestasi atau kualitinya untuk bersaing dalam liga berkenaan.
"Pada awalnya, saya agak sukar untuk menyesuaikan diri dengan bola sepak di Korea tetapi hari demi hari, prestasi saya semakin meningkat dalam sesi latihan.
"Tetapi ada perkara belakang tabir yang tidak memihak saya dan saya tidak boleh mendedahkannya.
"Berdasarkan penamatan kontrak saya oleh Chungbuk Cheongju, kami telah mencapai persetujuan bersama dan mereka akan membayar pampasan kepada saya," tambahnya.
Astro Arena
Thu Jul 20 2023
Kogi pada Khamis mengumumkan perpisahannya dengan kelab Liga K2 Korea Selatan, Chungbuk Cheongju, yang disertainya awal tahun ini. - Foto Astro ARENA
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
[INFOGRAFIK] Banjir: Enam Jenis Penyakit Bawaan Air
Berikut adalah info berkenaan dengan enam jenis penyakit bawaan air dimusim banjir.
Subsidi tiket penerbangan boleh ditebus Januari 2025 - Anthony Loke
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mahasiswa boleh mohon subsidi tiket penerbangan seawal Januari untuk digunakan sepanjang tahun dan bernilai RM499 sehala.
#AWANInews
#AWANInews
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, bagi mengadakan peruntukan untuk penubuhan perbadanan bebas dikenali Majlis Media Malaysia.
'Jel tujuh tahun, dua sebatan, denda RM10 juta melampau' - Syed Saddiq
Syed Saddiq mengemukakan 18 alasan dalam petisyen rayuannya supaya dibebaskan daripada empat kes subahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang berkaitan dana Armada.
[TERKINI] Wan Azizah, Mohamad Sabu dan Anthony Loke nafi kenyataan Tun M
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menjelaskan keputusan tidak meneruskan semakan dan tafsiran berhubung isu Pulau Batu Puteh dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri secara bertulis.
AWANI Ringkas: Amaran hujan tahap waspada sehingga Jumaat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
RUU Majlis Media Malaysia dibentang di Dewan Rakyat
RUU tersebut dibentangkan oleh Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching yang memaklumkan bacaan kali kedua akan dibuat pada mesyuarat akan datang.
KDN manfaatkan kuarters kosong KPM tempatkan anggota PDRM
Kementerian Dalam Negeri akan menempatkan anggota Polis Diraja Malaysia di kuarters milik Kementerian Pendidikan yang kosong.
Pekebun rugi RM120,000 terperdaya pelaburan tidak wujud
Lelaki berusia 51 tahun itu tertarik dengan pelaburan yang diiklankan di laman Facebook, yang menjanjikan keuntungan sebanyak 80 peratus kepada peserta, manakala bakinya menjadi milik syarikat.
Liga Super: Kesungguhan Penang FC pikat hati Kogileswaran Raj
Kogi turut mendedahkan, Penang sudah melamarnya sebanyak tiga kali sejak 2021.
Kogileswaran Raj sedia turun gaji empat kali ganda demi kelangsungan karier
Kogturut mengesahkan akan kembali mewarnai kancah Liga Malaysia tetapi masih berteka-teki mengenai destinasi terbarunya.
PJ City lanjutkan kontrak Kogileswaran
Pemain sayap berusia 23 tahun itu diumum kekal bersama Skuad Phoenix untuk tiga musim berturut-turut sejak menyertainya pada musim 2020.