ATLET sering kali memperlihatkan kerja keras dan semangat juang yang tak kenal lelah dalam mempertajamkan kemahiran mereka. Walau bagaimanapun, dalam perjalanan mereka mencapai kecemerlangan, mereka boleh berhadapan dengan pelbagai kecederaan. Dalam situasi ini, peranan rehabilitasi menjadi sangat penting dan tidak dapat dielakkan.
Kita boleh lihat contoh terbaik di dalam negara di mana Datuk Azizulhasni Awang, jaguh berbasikal negara yang terpaksa menarik diri daripada kejohanan antarabangsa di Mesir pada Mac yang lalu bagi memberi ruang kepada dirinya untuk betul-betul pulih daripada kecederaan yang dialami.
Mungkin negara terlepas peluang untuk melihat beliau menang di kejohanan tersebut, tetapi tindakan beliau menarik diri adalah yang terbaik agar beliau dapat meneruskan lagi momentum karier berbasikalnya dengan baik tanpa gangguan kecederaan yang boleh mempengaruhi prestasinya kelak.
Kita juga boleh tengok contoh yang lain di mana seorang bekas pemain bola sepak kelab Real Madrid, iaitu Eden Hazard yang sudah beberapa musim tidak dapat beraksi sepenuhnya akibat sering dibelenggu pelbagai jenis kecederaan. Akhirnya, beliau tidak dapat menunjukkan prestasi sebenar beliau semasa beraksi di kelab Chelsea, dan seringkali diketepikan dari kesebelasan utama pasukan Real Madrid.
Di sini kita boleh lihat betapa pentingnya mengikuti proses rehabilitasi bagi seseorang atlet yang mana akhirnya ia akan mempengaruhi prestasi mereka kelak.
Rehabilitasi atlet adalah proses pemulihan yang sistematik dan berorientasikan tujuan, dirancang untuk membantu atlet pulih daripada kecederaan dan kembali ke tahap kecergasan asal mereka sebelum mengalami kecederaan.
Ia melibatkan pelbagai pendekatan terapi termasuk fisioterapi, terapi modaliti dan program latihan kekuatan dan kesuaian (strength and conditioning) yang komprehensif.
Latihan rehabilitasi membantu dalam memperbaiki kecederaan dan memperbaiki fungsi badan yang terlibat. Selain itu, rehabilitasi juga membantu dalam mempercepat pemulihan. Ia membolehkan atlet kembali beraksi lebih cepat jika mereka menjalani proses pemulihan dengan konsisten.
Terdapat banyak kajian tinjauan sistematik yang terkini menunjukkan bahawa atlet yang telah menjalani proses rehabilitasi dengan betul adalah berpeluang lebih cerah untuk kembali bersukan dengan cepat (return to sport), dan kurang risiko untuk mendapat kecederaan semula.
Lebih penting lagi, rehabilitasi dapat mencegah kecederaan kembali berulang. Atlet yang pulih daripada kecederaan tanpa melalui rehabilitasi mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengalami kecederaan yang sama atau berhubungan. Melalui rehabilitasi, atlet dapat belajar teknik dan rutin yang sebenar untuk menjaga kesihatan dan keselamatan tubuh mereka.
Secara keseluruhan, rehabilitasi merupakan elemen penting dalam kehidupan seorang atlet. Ia bukan sahaja membantu dalam pemulihan daripada kecederaan, tetapi juga dalam peningkatan prestasi, pencegahan kecederaan masa depan, dan peningkatan kesejahteraan emosi.
Jadi, sementara kita terus mengagumi semangat dan kemahiran atlet kita, mari kita juga mengakui dan memberi penghargaan kepada proses rehabilitasi yang membantu menjadikan mereka siapa mereka hari ini.
* Zulkhairi Azam ialah Pensyarah Kanan, Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, Universiti Teknologi MARA (UiTM)
** Penulisan artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Zulkhairi Azam
Sun Jul 02 2023
Azizulhasni terpaksa menarik diri daripada kejohanan antarabangsa di Mesir pada Mac yang lalu bagi memberi ruang kepada dirinya untuk betul-betul pulih daripada kecederaan. - Gambar fail
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
[KOLUMNIS] Atlet cedera perlu sabar, ambil masa ikut proses rehabilitasi
Proses rehabilitasi penting bagi seseorang atlet yang akhirnya ia akan mempengaruhi prestasi mereka kelak.