MENGALAMI kecederaan itu adalah perkara yang biasa kita lihat atau hadapi, sama aada semasa beriadah ataupun semasa sedang bersukan. Sedangkan atlet profesional pun boleh cedera, apatah lagi orang awam seperti kita.
Apa yang hendak disampaikan di sini adalah kecederaan ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tidak mengira masa dan tempat. Bagaimana cara kita merawatnya. Adakah kita merawat kecederaan tersebut dengan betul atau pun tidak?
Konsep rawatan yang betul terutamanya bagi kecederaan otot adalah dengan mengamalkan konsep R.I.C.E iaitu rest, ice, compression dan elavation.
Langkah awal adalah berhenti atau berehat daripada melakukan sebarang aktiviti fizikal atau bersukan untuk sementara. Ini adalah untuk tidak mengeruhkan lagi kecederaan menjadi lebih teruk dan sukar untuk pulih sepenuhnya.
Langkah yang kedua pula adalah meletakkan ais di tempat yang cedera selama 10-20 minit, dan langkah ini boleh diulang 2-3 kali dalam sehari untuk 48-72 jam yang pertama. Adalah disarankan untuk menggunakan ais yang diletak di dalam beg ais, di dalam beg plastik atau pun di dalam kain tuala nipis dan dibalut keliling dengan balutan plastik makanan agar mudah untuk kita bergerak dan tidak perlu untuk senantiasa memegang beg ais tersebut sepanjang 20 minit rawatan. Aplikasi ais ini adalah bertujuan untuk mengurangkan rasa sakit, bengkak dan keradangan yang berlaku.
Manakala langkah yang berikutnya adalah kaedah balutan (compression) yang dibuat di sekeliling bahagian yang cedera. Langkah ini boleh dibuat untuk tempoh selama 48 – 72 jam, ianya dan bagus untuk melancarkan peredaran darah dan menyusutkan bengkak. Pastikan kaedah balutan tersebut tidak terlalu ketat dan tidak terlalu longgar.
Kemudian, bahagian cedera tersebut boleh diangkat tinggi sedikit melebihi paras jantung bagi memastikan peredaran darah dari jantung ke bahagian cedera berjalan dengan lancar dan ini juga membantu untuk mengurangkan bengkak.
Perlu diingat, tidak disarankan untuk kita mengurut bahagian yang cedera pada tempoh awal kecederaan itu berlaku. Ini adalah kerana melalui kaedah urutan itu tersebut, sebarang tekanan akan membuatkan struktur dalaman seperti otot dan saluran darah akan mengalami kerosakkan yang lebih teruk.
Namun, perlu diingat juga bahawa kaedah urutan itu sendiri tidak salah digunakan, tetapi bukanlah pada tempoh awal kecederaan itu berlaku. Kaedah urutan boleh diselitkan sebagai salah satu langkah alternatif rawatan bagi membantu mempercepatkan proses rawatan selepas tempoh minima 72jam atau seminggu selepas kecederaan berlaku dengan syarat apabila rasa sakit sudah tiada dan bengkak sudah susut sepenuhnya.
Kebanyakan amalan di negara kita ini adalah suka untuk melakukan urutan ini di tempoh awal kecederaan itu berlaku, dan akhirnya kita tidak sedar bahawa pilihan masa yang salah untuk mengurut hanya akan melambatkan proses rawatan dan meningkatkan risiko untuk kecederaan tersebut menjadi lebih teruk.
Ambillah langkah rawatan awal kecederaan dengan betul bagi memastikan proses baik pulih kecederaan itu berjalan lancar dan kurang risiko untuk melarat menjadi lebih teruk. Jika tidak, ianya akan melambatkan tempoh baik pulih dan kita terpaksa berehat lebih lama.
Tambahan pula, risiko untuk kecederaan tersebut berulang kembali adalah tinggi dan ianya boleh mengganggu prestasi kita. Rujuk dengan pakar kecederaan sukan untuk nasihat yang lebih lanjut, bukan dengan ‘pakar’ sembang kedai kopi.
* Zulkhairi Azam ialah Pensyarah Kanan, Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, Universiti Teknologi MARA (UiTM).
** Penulisan artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Zulkhairi Azam
Sun Jan 08 2023
Konsep rawatan yang betul terutamanya bagi kecederaan otot adalah dengan mengamalkan konsep R.I.C.E iaitu 'rest', 'ice', 'compression' dan 'elavation'.- Gambar hiasan
Trump dinobat 'Person of the Year' majalah Time
Edisi terkini turut memaparkan wawancara eksklusif bersama Trump yang berlangsung pada 25 November di resortnya, Mar-a-Lago, Florida.
Politik negara lebih stabil pada 2024
Tahun kedua di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan menyaksikan pentas politik negara lebih stabil berbanding tahun 2023.
Sektor pelancongan pulih, MOTAC manfaat Kepengerusian ASEAN 2025
Statistik terbaharu itu menunjukkan peningkatan sebanyak 5.6 peratus berbanding 32.35 juta pelancong dalam tempoh sama pada 2019.
Didesak letak jawatan: Beritahu mana kelemahan dan apa patut saya ubah? - Menteri MOTAC
Menurut King Sing, beliau mengalu-alukan pandangan daripada semua pihak dalam usaha untuk menambah baik kelemahan.
Trump undang Presiden China hadiri majlis angkat sumpah bulan depan
Trump menghulurkan jemputan itu kepada Xi pada awal November, sejurus selepas pilihan raya.
Palestin sambut baik Ireland sertai kes genosid ke atas Israel di ICJ
Setakat ini, lebih 10 negara, termasuk Turkiye, Sepanyol, dan Mexico, telah menyertai kes ICJ terhadap Israel.
Parti pemerintah sokong usul pemecatan Presiden
Krisis politik di Korea Selatan semakin meruncing apabila parti pemerintah, People Power Party (PPP), memberikan sokongan kepada usul pemecatan Presiden, Yoon Suk Yeol.
Tentera Israel mula berundur dari selatan Lubnan
Pasukan Tentera Israel melaksanakan proses pengunduran pertama dari sebuah bandar di selatan Lubnan, yang digantikan dengan tentera Lubnan berdasarkan perjanjian gencatan senjata.
Ketua parti pemerintah Korea Selatan sokong usul pendakwaan terhadap Presiden Yoon
PPP turut menggesa penubuhan jawatankuasa etika bagi mempertimbangkan sama ada parti itu perlu meminta Yoon berundur daripada parti itu.
PBB lulus resolusi desak gencatan senjata segera di Gaza
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meluluskan resolusi yang menyeru gencatan senjata segera, tanpa syarat, di Gaza walaupun ditolak oleh Amerika Syarikat (AS) dan Israel.
[KOLUMNIS] Jangan rujuk 'pakar sembang kedai kopi', ketahui cara rawat kecederaan yang betul
Konsep rawatan yang betul terutamanya bagi kecederaan otot adalah dengan mengamalkan konsep R.I.C.E iaitu rest, ice, compression dan elavation.