KUALA LUMPUR: Magis empat pemain generasi baharu skuad kebangsaan - Muhammad Safawi Rasid (S), Muhammad Akhyar Abdul Rashid (A), Luqman Hakim Shamsudin (L) dan Arif Aiman Mohd Hanapi (A) ditagih pada aksi hidup mati menentang Indonesia, Ahad ini.
Bekas pengendali skuad kebangsaan Dollah Salleh percaya keempat-empat pemain itu sandaran terbaik bagi meraih kemenangan berdepan skuad Garuda sekali gus membawa Malaysia ke pentas separuh akhir Kejuaraan Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2020.
Dengan kemahiran individu tersendiri yang ada pada mereka, Dollah berkata kombinasi S.A.L.A itu di bahagian serangan dianggap memiliki segala elemen diperlukan untuk menembusi benteng pertahanan Indonesia pada aksi terakhir saingan Kumpulan B itu di Stadium Nasional Singapura.
Menurut beliau, terdapat kelemahan daripada cara Indonesia bertahan berdasarkan perlawanan menentang Kemboja yang menyaksikan mereka dibolosi dua gol dan peluang itu perlu dimanfaatkan sepenuhnya keempat-empat pemain negara itu.
"Jadi kita kena ambil kesempatan di situ sebab saya tahu macam Safawi, Akhyar, Arif yang merupakan antara pemain kegemaran saya dan Luqman mampu cipta sesuatu. Empat pemain ini ada kemahiran individu yang bagi saya terbaik di Malaysia," katanya kepada Bernama.
"Jadi saya pasti mereka ini boleh melakukannya dan kalau empat pemain ini menjadi insya-Allah tak ada masalah untuk kita dapatkan kemenangan menentang Indonesia," kata Dollah yang juga bekas penyerang skuad kebangsaan era 80-an dan 90-an.
Muhammad Safawi yang mengumpul empat gol termasuk hatrik menentang Laos pada aksi kedua muncul penjaring terbanyak pasukan negara yang sudah mencetak tujuh gol dalam tiga perlawanan, manakala Muhammad Akhyar mengumpul satu gol yang diraih pada aksi pembukaan menentang Kemboja.
Luqman Hakim dan Arif Aiman masing-masing belum berjaya mencetak nama sebagai penjaring, namun peranan mereka dalam skuad bimbingan Tan Cheng Hoe tidak boleh dinafikan apabila turut menyumbang menerusi hantaran gol.
Bagaimanapun, ketika ini Muhammad Akhyar masih belum dibenarkan untuk menyertai sesi latihan pasukan susulan perlu menjalani kuarantin kendiri selepas dijangkiti COVID-19.
Peluang Malaysia ke peringkat kalah mati kini bergantung pada aksi terakhir selepas membuka kempen kejuaraan dengan langkah kanan menerusi dua kemenangan masing-masing ke atas Kemboja 3-1 dan Laos 4-0 sebelum tewas 0-3 kepada juara bertahan, Vietnam.
"Prestasi serta rekod kita setakat ini (lawan Indonesia) berpihak pada kita dan sudah pasti Cheng Hoe sudah mempunyai cara untuk memastikan kemenangan ke atas Indonesia," kata Dollah.
Skuad Harimau Malaya yang kini mengumpul enam mata di kedudukan ketiga tidak mempunyai pilihan lain selain wajib melakar kemenangan ke atas Indonesia untuk mengesahkan tempat di separuh akhir sekali gus selangkah daripada mencapai sasaran ke final.
Sementara Indonesia dan Vietnam yang turut mengutip enam mata di kedudukan dua teratas dengan bermain kurang satu perlawanan, akan bertemu di Stadium Bishan, malam ini dengan kemenangan akan mencerahkan peluang mana-mana pasukan mara ke separuh akhir.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 15 2021
Kombinasi S.A.L.A itu di bahagian serangan dianggap memiliki segala elemen diperlukan untuk menembusi benteng pertahanan Indonesia. - IG @safawirasid29 @akhyarrashidfc FB \ La Bola Malaya, JOHOR Southern Tigers
Polis, TNB Kuantan potong bekalan elektrik di 10 premis judi haram
Sepuluh premis yang menjalankan kegiatan perjudian di Kuantan dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik oleh pihak polis dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sejak Khamis lepas.
Georgia akan adakan pilihan raya presiden pada Sabtu
Pilihan raya presiden dijadualkan berlangsung di Georgia di tengah-tengah protes berterusan pembangkang.
Megat D Shahriman kekal terajui MPM
Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berjaya mempertahankan jawatan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) buat penggal kedua berturut-turut pada Mesyuarat Agung Tahunan MPM kali ke-25, hari ini.
Lebih 7.2 juta orang terutama kanak-kanak, berisiko lemas menjelang 2050 - WHO
Laporan pertama WHO mengenai pencegahan lemas itu memuji penurunan kadar kematian lemas global sebagai "pencapaian kesihatan global yang utama."
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
Aksi spontan guru suap makanan kepada murid tular
Perlakuan bersahaja seorang guru, Janorashikin Jasdi menyuapkan makanan ke mulut murid prasekolah dari kaum India ketika menyertai satu perlawanan bola sepak di Pulau Pinang, mendapat pujian ramai.
Jenazah bayi beku: KKM tunggu dapatan siasatan CKAPS, dijangka minggu depan
KKM sedang menunggu dapatan laporan siasatan CKAPS mengenai dakwaan sebuah hospital swasta menahan jenazah bayi kerana ibu bapa gagal menjelaskan bil hospital lebih awal.
Zahid tidak terima makluman tengku zafrul keluar UMNO
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak menerima sebarang pemakluman daripada Ahli Majlis Tertinggi UMNO Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz untuk keluar daripada parti itu bagi menyertai parti lain.
Jimat kos, majlis kahwin beramai-ramai semakin popular di Mexico
Sejumlah pasangan diraikan dalam satu majlis perkahwinan beramai ramai di Mexico City pada Jumaat.
Harimau Malaya tepati ramalan kecewakan Laos 3-1
Skuad bola sepak kebangsaan menepati ramalan apabila mengecewakan Laos 3-1 dalam perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 di Stadium Port Authority of Thailand (PAT) di Bangkok, Thailand hari ini.
Harimau Malaya perlu menang Piala AFF 2024 - Mohd Sadek
Kemenangan dan menjuarai Piala AFF adalah KPI utama yang perlu ditetapkan FAM ke atas skuad Harimau Malaya.
MFL harap tarikh Piala AFF dipertimbang semula - Stuart
Liga Bolasepak Malaysia (MFL) menaruh harapan tinggi agar Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) dapat mempertimbang semula tarikh jadual perlawanan Piala AFF.
Harimau Muda jangan ambil mudah Timor-Leste
Biarpun atas kertas Malaysia mampu menewaskan lawan itu, namun sikap mengambil mudah terhadap pesaing boleh mengundang padah kepada pasukan.
Harimau Muda optimis capai sasaran final di Thailand
Pemain pertahanan muda kebangsaan Muhammad Ubaidullah Shamsul Fazili menganggap sasaran layak ke final Kejohanan Bawah 23 Tahun (B-23) Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2023 realistik.
Harimau Malaya bakal naik ranking 138 dunia
DUA kemenangan yang diraih Harimau Malaya ketika menentang Turkmenistan dan Hong Kong bakal menyaksikan skuad kendalian Kim Pan-gon itu melonjak sehingga ranking ke-138 dunia.
Sukar Piala AFF berlangsung dalam Kalendar FIFA dalam masa terdekat - Hamidin
Antara kekangan ialah tempoh penganjuran Piala AFF terlalu panjang menyebabkan tiada ruang untuk kejohanan itu berlangsung dalam Kalendar FIFA.
'Susah nak letak Piala AFF dalam kalendar FIFA'
Katanya, setiap liga domestik di rantau Asia Tenggara perlu diselaraskan terlebih dahulu.
FIFA iktiraf Piala AFF
'PIALA Dunia' Asia Tenggara, Piala AFF berpeluang untuk 'naik pangkat' sebagai kejohanan rasmi yang disenaraikan dalam kalendar Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).
Final Piala AFF: Sensasi Theerathon pastikan Thailand bergelar juara kali ketujuh
Thailand mengukuhkan status selaku pasukan terbanyak menjuarai Piala AFF dengan gelaran ketujuh selepas menewaskan Vietnam 1-0 di Stadium Thammasat, Pathum Thani sebentar tadi.