CADANGAN menyenaraikan saingan Piala AFF dalam kalendar Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dianggap baik, namun mempunyai kekangan tertentu untuk dilaksanakan.
Jurulatih berpengalaman, B Sathianathan berkata, setiap liga domestik di rantau Asia Tenggara perlu diselaraskan terlebih dahulu selain perlu bermula dan berakhir serentak seperti liga di Eropah.
“Kalau betul nak letak dalam kalendar FIFA, memang baik, tetapi saya nampak susah. Sekarang kalendar amat padat dengan Kelayakan Piala Asia, Kelayakan Sukan Olimpik dan sebagainya. FIFA nak letak kejohanan ini di mana?
“Kalau Piala AFF nak letak dalam kalendar FIFA, semua liga di ASEAN ini haruslah diselaraskan. Tak bolehlah setiap liga domestik di Asia Tenggara bermula dengan tarikh yang berbeza-beza.
“Mereka kena ikut macam jadual di Eropah atau jadual Liga Jepun dan sebagainya. Jadi nak laksanakan cadangan ini kena lebih realistik," katanya kepada Sukan Sinar pada Rabu.
Terdahulu, Presiden FIFA, Gianni Infantino melihat keperluan untuk Piala AFF diletakkan dalam kalendar FIFA berdasarkan prestij yang ada pada kejohanan tersebut dalam kalangan negara ASEAN.
Pada masa sama, beliau turut mengakui kekangan yang akan berlaku untuk meletakkan penganjuran Piala AFF pada tarikh tertentu dalam kalendar FIFA.
“Piala AFF perlu dinaik taraf kepada kejohanan rasmi FIFA. Kita mesti memastikan kejohanan ini berkembang dengan lebih baik. Jika kita bekerjasama, saya pasti Piala AFF akan menjadi lebih besar dengan kelulusan FIFA,” ujar Infantino.
Dalam pada itu, Sathianathan berkata, satu kajian secara holistik harus dilakukan negara-negara ASEAN sebelum sebarang keputusan dibuat berhubung ‘khabar gembira’ yang dibawa Infantino.
"Seperti Eropah, mereka turut bermain dalam kalendar FIFA dalam saingan Liga Negara-Negara UEFA untuk layak ke saingan Euro. Daripada situ kita dah nampak ada penyelarasan.
“Di peringkat Asia, macam mana nak buat? ASEAN main satu kumpulan, Barat pula main satu kumpulan. Susah nak buat... jadi di mana nak letak Piala AFF dalam kalendar FIFA?,” soal Sathianathan. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Jan 19 2023

Sathianathan berkata, satu kajian secara holistik harus dilakukan negara-negara ASEAN sebelum sebarang keputusan dibuat berhubung khabar gembira yang dibawa Infantino. - Gambar fail

Kita suka menghukum tanpa mengenali orang lain - Muhammad Faisal
Menurut Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia, Muhammad Faisal Abdul Aziz perkara itu boleh diatasi dengan adanya program-program kunjungan dalam konteks agama dan kaum.

Lans Koperal didakwa terima rasuah RM3,500
Ia sebagai dorongan memulangkan semula barang-barang rampasan kes.

Wan Azizah harap Persatuan Pandu Puteri Malaysia terus berkembang
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berharap Persatuan Pandu Puteri Malaysia akan terus berkembang.

Lagenda Knicks Willis Reed meninggal dunia pada usia 80 tahun
Sebelum ini Reed dilaporkan mengalami pelbagai masalah kesihatan berkaitan jantung tahun lepas.

KSM bersedia kendali, stuktur semula program berkaitan TVET
Kementerian Sumber Manusia bersedia memikul tanggungjawab untuk mengendali dan menstruktur semula program berkaitan TVET di negara ini.

Maszlee Malik kembali bergelar pensyarah
Bekas Menteri Pendidikan itu memulakan tugas sebagai pensyarah di University of Cyberjaya.

Malaysia raih potensi pelaburan RM24 bilion dari Korea Selatan - MIDA
Misi Perdagangan dan Pelaburan (TIM) ke Korea Selatan baru-baru ini, berjaya menjana potensi pelaburan bernilai RM24 bilion bagi Malaysia.

Pengemis 'buta' bertongkat larikan diri diekori JKM
Individu dipercayai menyamar mengalami kecacatan penglihatan itu melarikan diri sebaik sahaja menyedari dirinya diekori.

Iran sedia pulihkan hubungan ekonomi dengan negara Arab
Iran bersedia untuk menyambung semula hubungan ekonomi dengan semua negara Arab di Timur Tengah berikutan perjanjian mengenai pemulihan hubungan diplomatik dengan Arab Saudi baru-baru ini.

Najib masuk hospital akibat jangkitan paru-paru
Datuk Seri Najib dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur sejak beberapa hari lalu, tetapi kini sudah kembali ke penjara.

'Susah nak letak Piala AFF dalam kalendar FIFA'
Katanya, setiap liga domestik di rantau Asia Tenggara perlu diselaraskan terlebih dahulu.

Cheng Hoe berjasa pulih imej pasukan negara - B. Sathianathan
Cheng Hoe telah berjaya memulihkan maruah skuad kebangsaan sehingga menjadi antara pasukan yang digeruni di rantau Asia Tenggara.

Siapa sudi bantu FAM bayar gaji tinggi jurulatih? - Sathianathan
B. Sathianathan menyifatkan pengambilan ketua jurulatih ibarat satu perjudian.

Piala AFF: Bukan barisan terkuat Harimau Malaya - Sathianathan
Pada pendapatnya, ia dipengaruhi kredibiliti skuad yang dibentuk Tan Cheng Hoe bagi menghadapi kejohanan dwitahunan itu.

Pemain naturalisasi: Jangan tangkap muat lagi, kata Dollah
Jika ia demi kepentingan bola sepak negara, keputusan untuk menghentikan seketika projek itu membawa kepada pelbagai persoalan.

Ab Ghani individu paling tepat sebagai presiden MFL - Sathianathan
Sathianathan menyifatkan Ab Ghani sebagai seorang yang mudah dibawa berbincang dan sentiasa mendapatkan pandangan serta nasihat sebelum membuat keputusan.

Uji calon pemain naturalisasi dalam aksi persahabatan - Sathianathan
Ketua jurulatih dapat melihat lebih jelas kesesuaian dan keberkesanan kehadiran pemain asing dalam corak permainan pasukan kebangsaan.

Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia: Van Toan layak jadi pelakon lagak ngeri, kata Sathianathan
Seloroh bekas jurulatih kebangsaan itu merujuk kepada Nguyen Van Toan yang dikasari Brendan Gan untuk memenangi sepakan penalti buat kemenangan 1-2 Vietnam awal pagi Sabtu.

Sathianathan harap kerajaan benar Liga-M 2021 berlangsung
Perjalanan liga yang terganggu turut menjejaskan semua pihak terbabit sekali gus berkemungkinan besar 'membunuh' keseluruhan industri bola sepak tempatan.

Ada orang dalam Selangor tidak boleh dipercayai - Sathianathan
Sathianathan dilucut jawatannya selepas Selangor tewas besar 1-6 kepada JDT dalam saingan Liga Super, 19 September lalu.