awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konflik siapa badan tadbir sukan papan selaju selesai

Ian Johan Ariff
Ian Johan Ariff
25/07/2018
10:30 MYT
Konflik siapa badan tadbir sukan papan selaju selesai
Majlis menandatangani MoU antara MESA dan MYSKATE di Wisma OCM semalam. - Facebook/Idroose Tambarin
Konflik siapa yang berhak menjadi badan induk sukan papan selaju di negara ini selesai apabila Persatuan Sukan Ekstrem Malaysia (MESA) bersetuju untuk bergabung dengan Persekutuan Luncur Beroda Malaysia (MYSKATE).
Sebelum ini, MYSKATE yang merupakan ahli gabungan penuh kepada badan induk sukan luncur beroda antarabangsa, World Skate, gagal mendapatkan hak mentadbir sukan papan selaju di negara ini kerana ia diberikan kepada MESA sejak 10 tahun lalu.
Namun MESA bukan ahli gabungan World Skate dan bakal menyukarkan proses penghantaran atlet bagi sukan papan selaju ke Olimpik, kerana World Skate hanya mengiktiraf MYSKATE sebagai ahli gabungannya.
Masalah timbul di peringkat kebangsaan apabila MYSKATE tidak diterima sebagai ahli gabungan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) kerana MESA sudah menjadi ahli gabungan MOM, yang merupakan ahli gabungan Jawatankusa Olimpik Antarabangsa (IOC).
Satu Memorandum Persefahaman (MoU) ditandatangani semalam antara Presiden MESA, Tan Sri Darshan Singh dan Presiden MYSKATE, Idroose Tambarin di Wisma MOM, yang turut disaksikan Timbalan Presiden MOM, Datuk Seri Azim Zabidi, Pesuruhjaya Sukan Malaysia, Datuk Zaiton Othman dan Setiausaha Agung MOM, Datuk Mohd Nazifuddin Mohd Najib.
Dalam MOU itu, MYSKATE diberi hak sepenuhnya untuk mentadbir sukan papan selaju dan dibantu oleh beberapa pegawai utama MESA untuk sukan itu.
Setiausaha Agung MESA, Datuk Manjit Singh Gill dilantik sebagai Setiausaha Agung MYSKATE sementara Darshan diberikan posisi sebagai Presiden Kehormat.

MESA sebelum ini dilaporkan tidak mendapat sokongan penuh komuniti papan selaju di negara ini dengan beberapa siri boikot yang dilakukan pemain papan selaju di negara ini.
Namun MESA berjaya menganjurkan semula sebuah kejohanan bagi memilih atlet mewakili negara ke Sukan Asia 2018, yang menyaksikan Ian Nuriman Amri, 11 tahun dan Yaziru Amiru Basyir Zainordin, 24, dipilih mewakili negara bagi acara ‘park’ dan ‘street’ lelaki manakala Fatin Syahirah Roszizi, 16, dan Christina Lai Grace, 13, bagi acara ‘park’ dan ‘street’ wanita.
MESA yang sudah berdaftar untuk menguruskan penyertaan atlet-atlet itu ke Sukan Asia di Jakarta/Palembang, 18 Ogos hingga 2 September ini, akan meneruskan tugas sebagai badan induk sukan papan selaju sehingga temasya itu selesai.
Selepas ini, MYSKATE akan diberikan sepenuhnya tanggungjawab mentadbir sukan papan selaju di Malaysia dan pengurusan penghantaran atlet Malaysia ke Olimpik Tokyo 2020, jika ada yang layak.
Topic Berkaitan
#Datuk Manjit Singh Gill
#Idroose Tambarin
#MESA
#MYSKATE
#Papan Selaju
#Tan Sri Darshan Singh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan