awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pempengaruh media sosial didakwa rogol, lakukan amang seksual terhadap dua remaja
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konspirasi singkir TMJ sebagai presiden FAM 'kerja gila' - Khairy

Bernama
Bernama
06/10/2017
23:37 MYT
Konspirasi singkir TMJ sebagai presiden FAM 'kerja gila' - Khairy
KHAIRY: "Baginda dah mula buat perubahan dan ada peningkatan, jadi kenapa kita nak kacau dia, bagi dia buat kerja." - Gambar fail
Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin menyifatkan konspirasi untuk menyingkirkan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebagai 'kerja orang gila.'
Katanya, Tunku Ismail baharu sahaja dilantik sebagai presiden yang baharu dan telah menunjukkan perubahan dan peningkatan mutu bola sepak negara, dan seharusnya diberikan peluang untuk menerajui badan itu.
"Kalau ada konspirasi, ini kerja orang gila sebab kita baru pilih presiden. Baginda dah mula buat perubahan dan ada peningkatan, jadi kenapa kita nak kacau dia, bagi dia buat kerja.
"Kalau ada konspirasi ini, saya tak setuju langsung dan kita sama-sama lawan konspirasi itu. Kita beri sokongan pada presiden baru, bagi dia buat kerja," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kejohanan Badminton Piala Emas Yuen Loong yang ke-48, di sini, pada Jumaat.
Beliau mengulas mengenai laporan media Rabu lepas yang memetik Tunku Ismail sebagai berkata terdapat konspirasi untuk 'mencarasnya' dalam jawatan tertinggi badan induk bola sepak negara.
BACA: Ada percubaan singkirkan TMJ sebagai Presiden FAM
Laporan itu juga menyebut Tunku Ismail sendiri mendedahkan ada segelintir ahli exco yang bersekongkol yang mahu beliau melepaskan jawatan tertinggi dan ada juga yang cuba mengeluarkan Ketua Pegawai Eksekutif, Perkongsian Liabiliti Bola Sepak Malaysia (FMLLP), Kevin Ramalingam.
Terdahulu, Khairy, dalam ucapannya, mengucapkan tahniah kepada Persatuan Bekas Pelajar Ma Hwa Rasah yang menganjurkan kejohanan badminton amatur itu secara berterusan selama 48 tahun, sejak 1969, sekali gus mencatatkan rekod dalam Malaysia Book Of Records sebagai kejohanan paling lama dianjurkan di negara ini.
Turut hadir pada majlis itu ialah Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bola sepak
#FAM
#Khairy Jamaluddin
#Persatuan Bola Sepak Malaysia
#TMJ
#Tunku Ismail Sultan Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan