HANGZHOU: Kontinjen Malaysia semakin hampir mencapai sasaran di Sukan Asia apabila hanya memerlukan tujuh butir pingat untuk melepasi sasaran 27 pingat yang ditetapkan dengan tuan rumah, China megah di kedudukan pertama pada Hari Kebangsaannya.
Pada hari kelapan pertandingan pada Ahad, kem terjun negara meneruskan rentak baik untuk menghadiahkan sebutir perak dan gangsa walaupun sukar menggugat kuasa besar sukan terjun dunia, China yang terus cemerlang menyapu kesemua empat pingat emas yang dipertandingkan setakat ini.
GandinganWendy Ng- Nur Dhabitah Sabri berjaya menghadirkan pingat pertama hari ini dengan mempertahankan pingat perak acara 3 meter (m) papan anjal seirama wanita di Arena Sukan Akuatik Pusat Sukan Olimpik Hangzhou.
Kemudian, Bertrand Rhodict Lises-Enrique Maccartney Harold yang beraksi buat kali pertama di Sukan Asia, turut pamer aksi baik untuk meraih gangsa acara 10m platform seirama lelaki.
Secara keseluruhannya, kem terjun telah menyumbang sebutir perak dan empat gangsa setakat ini, selepas gandingan Nur Dhabitah-Datuk Pandelela Rinong dan Muhammad Syafiq Puteh-Ooi Tze Liang masing-masing meraih gangsa 10m platform seirama wanita dan 3m papan anjal seirama lelaki.
Selain daripada pencapaian kem terjun, ia adalah hari yang agak suram bagi Malaysia apabila prestasi beberapa atlet lain kurang memberangsangkan manakala beberapa sukan masih beraksi di peringkat awal.
Pasukan e-sukan bagi acara Dota2 gagal meloloskan diri ke final selepas tewas 1-2 kepada pasukan tuan rumah dan seterusnya bakal bertembung dengan Kyrgyzstan dalam penentuan gangsa, esok.
Pasukan hoki wanita pula menghidupkan kembali peluang untuk mara ke separuh akhir selepas membelasah Singapura 8-1 dalam aksi ketiga Kumpulan A.
Di arena olahraga, Russel Alexander Nasir Taib dan Queenie Ting Kung Ni gagal mempamerkan prestasi terbaik mereka, masing-masing dalam acara 200m lelaki dan lempar cakera wanita.
Kem memanah yang membuka kempen dengan pusingan kelayakan hari ini, turut beraksi baik apabila tujuh pemanah meloloskan diri ke pusingan kalah mati bermula esok.
Malaysia kini menduduki tempat ke-14 pada carta kedudukan pingat dengan tiga emas, empat perak dan 13 gangsa, manakala China terus mempamerkan dominasi dengan merangkul sejumlah 131 pingat emas, 72 perak dan 39 gangsa sempena Hari Kebangsaannya.
Pada Isnin, Malaysia akan meneruskan cabaran dalam acara badminton, skuasy, terjun, olahraga, memanah, kabbadi dan kriket manakala pasukan hoki lelaki wajib menang ke atas tuan rumah untuk mengesahkan tempat ke separuh akhir.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 01 2023
Malaysia kini menduduki tempat ke-14 pada carta kedudukan pingat dengan tiga emas, empat perak dan 13 gangsa. - Gambar Bernama
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Kontinjen Malaysia hampiri sasaran Sukan Asia
Kontinjen Malaysia semakin hampir mencapai sasaran di Sukan Asia apabila hanya memerlukan tujuh butir pingat untuk melepasi sasaran 27 pingat yang ditetapkan
Tawaran kerakyatan Indonesia, Dharma Raj masih tunggu dan lihat
Bekas ketua jurulatih pasukan hoki wanita negara Muhammad Dharma Raj Abdullah yang mencipta sensasi di Indonesia, mengambil pendekatan tunggu dan lihat berhubung tawaran kewarganegaraan republik itu.
14 maut bas bawa pasukan hoki bertembung trak di Kanada
Empat belas orang terbunuh apabila sebuah bas membawa pasukan hoki junior Humboldt Broncos bertembung dengan sebuah trak di Saskatchewan, Kanada.