awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kontroversi rekod 100m Zaidatul Husniah berterusan, masih belum diiktiraf WA

Astro Arena
Astro Arena
06/01/2025
14:08 MYT
Kontroversi rekod 100m Zaidatul Husniah berterusan, masih belum diiktiraf WA
"Walaupun hanya satu saat, tetapi rekod itu sangat bernilai buat saya," kata Zaidatul Husniah. - Gambar fail
TEMPOH jaminan 48 jam yang disuarakan Pengarah Teknikal Kejurulatihan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Robert Ballard, untuk menyelesaikan kemelut rekod kebangsaaan acara 100 meter yang dipecahkan oleh ratu pecut negara, Zaidatul Husniah Zulkifli, pada Oktober lalu telah berakhir.
Terdahulu, pemenang pingat perak Sukan Asia 2022 itu memecahkan rekod berusia 31 tahun dalam acara tersebut dengan catatan 11.49 saat dalam Kejohanan Olahraga Terbuka Perlis Cahya Mata Sarawak Super Series V di Stadium Tuanku Syed Putra.
Perkembangan terkini mengenai isu tersebut, Olahraga Dunia (WA), masih belum mengiktiraf rekod tersebut dalam kemas kini terbarunya.
Ini bermakna, pelari legenda negara, G. Shanti, masih pemegang rekod tersebut dengan catatan 11.50 yang dilakukan di Kuala Lumpur.
"Sudah tentu saya agak terkilan kerana bukan mudah untuk memecahkan rekod. Selain daripada bekerja keras, saya harap perkara ini dapat diselesaikan dengan baik.
"KOM sudah menghubungi saya untuk menyelesaikan dengan menghantar dokumen secara teliti.
"Walaupun hanya satu saat, tetapi rekod itu sangat bernilai buat saya," katanya di Nadi Arena.
* Artikel asal disiarkan di StadiumAstro.com
Topic Berkaitan
#zaidatul husniah
#rekod kebangsaan
#100 meter
#ratu pecut negara
#World Athletics
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan