awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu FAM: Penyokong diharap tidak luntur semangat - Mohammed Taufiq
Ketua PBB beri amaran peningkatan ketegangan di wilayah Tigray, Ethiopia
Tiga lagi mayat ditemukan dalam operasi SAR MV Trisha Kerstin 3 yang karam di Filipina
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Korea Selatan sekat langkah Speedy Tigers ke final Piala Asia

Bernama
Bernama
06/09/2025
14:45 MYT
Korea Selatan sekat langkah Speedy Tigers ke final Piala Asia
Kekalahan itu bermakna Malaysia terlepas tiket automatik ke Piala Dunia 2026 apabila hanya juara kejohanan berhak layak. - Gambar facebook Malaysian Hockey Confederation
KUALA LUMPUR: Hasrat skuad hoki lelaki negara melangkah ke pentas final Piala Asia 2025 berkecai selepas tewas 4-3 kepada Korea Selatan dalam aksi terakhir pusingan Super Four di Rajgir, India, hari ini.
Anak buah Sarjit Singh bermula garang apabila Fitri Saari meledak gol pembukaan pada minit kesembilan. Namun, Korea kembali bangkit menerusi pukulan sudut penalti Kim Hyeonghong (m-24).
Tidak lama kemudian, Nik Aiman Nik Rozemi mengembalikan kelebihan Malaysia (m-29) untuk menutup babak pertama dengan kedudukan 2-1.
Bersambung babak kedua, Syed Mohd Syafiq Syed Cholan menambah gol ketiga hasil pukulan sudut penalti (m-31) sekali gus meletakkan Speedy Tigers selesa di depan.
Namun, kegembiraan itu tidak bertahan lama apabila Oh Seyong (m-44) dan Lee Jungjun (m-50) menyamakan kedudukan buat Korea.
Lebih perit, Hyeonghong sekali lagi menghukum Malaysia dengan pukulan sudut penalti (m-51) untuk memastikan kemenangan dramatik 4-3 buat Korea Selatan.
Kekalahan itu bermakna Malaysia terlepas tiket automatik ke Piala Dunia 2026 apabila hanya juara kejohanan berhak layak.
Speedy Tigers kini perlu bangkit dalam aksi penentuan tempat ketiga esok, menentang sama ada India atau China yang beraksi lewat malam ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Speedy Tigers
#Piala Dunia
#aksi penentuan
#pukulan sudut penalti
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan