awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sabah jana RM8.74 bilion hasil pelancongan 2025
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Pasangan suami isteri di Besut derita sakit kronik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Krisis moral gegar arena bola sepak Turkiye

Sinar Harian
Sinar Harian
02/11/2025
05:00 MYT
Krisis moral gegar arena bola sepak Turkiye
Presiden TFF, Ibrahim Haciosmanoglu berkata krisis berkenaan mencerminkan isu moral mendalam dalam ekosistem bola sepak negara itu. - Foto Agensi via Sinar Harian
KRISIS integriti melanda bola sepak Turkiye apabila Persekutuan Bolasepak Turkiye (TFF) menggantung 149 pengadil dan pembantu pengadil selepas siasatan mendapati ratusan pegawai perlawanan memiliki akaun pertaruhan.

Ringkasan AI
  • TFF menggantung 149 pengadil dan pembantu pengadil selepas siasatan mendapati ratusan pegawai memiliki akaun pertaruhan, dengan 152 daripadanya aktif berjudi.
  • Seorang pegawai didapati membuat 18,227 pertaruhan, manakala 42 lagi terlibat dalam lebih 1,000 perlawanan; penggantungan antara 8 hingga 12 bulan dikenakan.
  • Presiden TFF Ibrahim Haciosmanoglu menyifatkan krisis ini sebagai masalah etika mendalam; siasatan terhadap beberapa individu masih diteruskan.

Tindakan disiplin itu diambil susulan laporan siasatan lima tahun yang mendedahkan 371 daripada 571 pegawai perlawanan berlesen mempunyai akaun pertaruhan manakala 152 daripadanya aktif berjudi.
Menurut kenyataan TFF, penggantungan antara lapan hingga 12 bulan dikenakan bergantung pada tahap keseriusan kesalahan manakala tiga lagi pegawai masih disiasat.
Senarai penuh individu terlibat turut disiarkan di laman rasmi badan induk berkenaan yang menyaksikan antara dapatan mengejutkan, seorang pegawai didapati membuat 18,227 pertaruhan, manakala 42 lagi terlibat dalam lebih 1,000 perlawanan bola sepak.
Mengikut peraturan tatatertib TFF, sebarang bentuk penglibatan dalam aktiviti pertaruhan adalah dilarang sama sekali bagi pemain, jurulatih mahupun pegawai perlawanan, selaras dengan kod etika Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dan Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA).
Presiden TFF, Ibrahim Haciosmanoglu, ketika mengulas perkembangan itu berkata krisis berkenaan mencerminkan isu moral mendalam dalam ekosistem bola sepak negara itu.
“Terdapat krisis moral dalam bola sepak Turkiye. Struktur itu sendiri sudah rosak. Masalah sebenar yang kami hadapi bukan teknikal tetapi etika,” katanya.
Beliau turut menegaskan bahawa TFF tidak pernah gagal menunaikan tanggungjawab terhadap pengadil termasuk soal bayaran, malah kadar imbuhan mereka telah dinaikkan dua kali dalam tempoh dua tahun.
“Jika ada seorang sahaja pengadil yang tidak menerima bayaran, saya akan letak jawatan. Tahun lalu kita naikkan gaji mereka, dan tahun ini juga kita tambah lagi,” tegasnya.
Siasatan lanjut terhadap beberapa individu masih dijalankan dan TFF belum mendedahkan butiran terperinci kes terbabit. -- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#bola sepak Turkiye
#pengadil digantung
#akaun pertaruhan
#krisis moral
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan