awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KRM benar tambah tujuh pemain import pada Kejohanan Piala Agong

Bernama
Bernama
14/06/2025
22:45 MYT
KRM benar tambah tujuh pemain import pada Kejohanan Piala Agong
Fahmy berkata, AGM Kesatuan Ragbi Malaysia pada Sabtu turut membincangkan untuk kembali menganjurkan Liga Ragbi Malaysia pada tahun 2026. - Foto Malaysia Rugby
KUALA LUMPUR: Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) membuat keputusan untuk menambah bilangan pemain import yang dibenarkan bertanding pada Kejohanan Piala Agong 2025.
Setiausaha Agung KRM Fahmy Abd Jalil berkata keputusan itu dipersetujui pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) kesatuan badan induk berkenaan, susulan terdapat beberapa ahli gabungan yang membuat permintaan untuk menambah kuota pemain import pada kejohanan itu.
"Kita sudah buat ketetapan untuk membenarkan pasukan yang menyertai Kejohanan Piala Agong 2025 menambah jumlah pemain import. Sebelum ini hanya empat orang pemain, tetapi pada edisi kali ini kita menambah kepada tujuh orang pemain.
"Ia selepas terdapat beberapa ahli gabungan yang mencadangkan untuk menambah pemain import, supaya kejohanan kali ini menjadi mencabar dan lebih banyak pilihan pemain dalam pasukan," katanya kepada Bernama semalam.
Fahmy berkata KRM sudah menghantar surat jemputan kepada negeri-negeri bagi menyertai kejohanan berkenaan dan ia dijangka membuka tirainya pada pertengahan Ogos.
Dalam pada itu, Fahmy berkata AGM semalam turut membincangkan untuk kembali menganjurkan Liga Ragbi Malaysia (MRL) pada tahun 2026.
"Semua ahli gabungan sebulat suara bersetuju untuk kita adakan semula MRL 2026 tetapi ia bergantung kepada peruntukan kewangan dan bajet," katanya.
MRL diperkenalkan pada 2004 dan menghimpunkan kelab-kelab terkemuka negara seperti Cobra, Keris Conlay, NS Wanderers, Eagles, Serdang Angels, Asas RFC dan Bandaraya Dragons.
Kali terakhir ia dianjurkan adalah pada 2019.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ragbi
#pemain import
#Kejohanan Piala Agong
#Fahmy Abd Jalil
#Liga Ragbi Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan