awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sean ‘Diddy’ Combs fail rayuan mohon dibebaskan segera dari penjara
Apabila lukisan bernyanyi: M Nasir dan Resonans Muzikal dalam Seni Visual di Galeri PETRONAS
4,433 saman dikeluarkan sempena Op Krismas, Op Ambang Tahun Baru - Ketua Polis Johor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kuala Lumpur City sedia teruskan perjuangan tanpa Bojan Hodak

Astro Arena
Astro Arena
28/07/2023
23:30 MYT
Kuala Lumpur City sedia teruskan perjuangan tanpa Bojan Hodak
T Saravanan mengakui terasa kekurangan dengan ketiadaan bekas ketua jurulatih warga kota, Bojan Hodak, merujuk kepada sesi latihan hambar semalam sejak pengendali itu mengumumkan akan ke Persib Bandung.
PEMAIN tengah Kuala Lumpur City, T Saravanan mengakui terasa kekurangan dengan ketiadaan bekas ketua jurulatih warga kota, Bojan Hodak, merujuk kepada sesi latihan hambar semalam sejak pengendali itu mengumumkan akan ke Persib Bandung.
Pengendali dari Croatia itu merupakan individu penting membentuk dirinya kepada pemain yang lebih matang sebaik dipancing musim lalu.
"Dalam latihan petang semalam pun, kami tidak berbincang mengenai tentang Hodak.
"Tiada lagi laungan arahannya ketika berlatih, sesi latihan kami bagaikan sepi.
"Tapi kami perlu sesuaikan diri dengan keadaan," katanya dalam sidang media pada Jumaat.
Bagaimanapun, kelangsungan dalam pasukan perlu diteruskan, apatah lagi KL City memiliki tugasan besar bertemu Kelantan FC di Cheras, hari ini.
Tegasnya, tiga mata adalah keperluan utama selain pengubat kepada kekecewaan tewas di pentas final Piala FA hujung minggu lalu.
"Yang paling utama kami perlu kutip mata dengan berikan persembahan baik untuk pasukan dan penyokong.
"Saya mahu beraksi dengan lebih baik lagi selepas ini," katanya lagi. - Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Kuala Lumpur City
#Bojan Hodak
#jurulatih Kuala Lumpur City
#KL City
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan