awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kuching City tambah derita Sri Pahang

Bernama
Bernama
04/03/2025
22:50 MYT
Kuching City tambah derita Sri Pahang
Kuching City FC menewaskan Sri Pahang FC 2-0 pada aksi tertunda Liga Super di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh, malam tadi. - Foto Facebook Sri Pahang FC
TEMERLOH: Skuad Kuching City FC tidak berdepan masalah menewaskan Sri Pahang FC 2-0 pada aksi tertunda Liga Super di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh, malam tadi.
Pasukan pelawat turun beraksi dengan mendahului 1-0 hasil jaringan Yuki Tanigawa pada minit ke-14 sebelum perlawanan ditangguhkan susulan hujan lebat dan padang becak pada aksi 2 Nov tahun lepas.
Sri Pahang dilihat berusaha mengatur serangan, namun Kuching City berjaya menyerap tekanan untuk mengikat perlawanan tanpa jaringan memasuki waktu rehat.
Bersambung babak kedua, pasukan tuan rumah nyaris menghasilkan gol menerusi David Rowley yang cuba menyambar hantaran Manuel Federico Hidalgo, namun bola itu hanya melewati tiang pada minit ke-50.
Rowley sekali lagi berpeluang meledakkan gol apabila melakukan tendangan dari dalam kotak penalti, tetapi percubaan itu berjaya ditangkap penjaga gol Wan Muhammad Azraie pada minit ke-61.
Kuching City FC akhirnya berjaya menambah jaringan kedua menerusi Zahrul Nizwan Joe Kifli melalui rembatan kencang yang menggegar gawang lawan pada masa tambahan separuh masa kedua, sekali gus mengesahkan kemenangan pasukan.
Sri Pahang, yang merupakan finalis Piala Malaysia yang akan berlangsung bulan depan, kini melalui saat sukar dalam saingan liga apabila sudah mengharungi lapan perlawanan tanpa kemenangan dengan lima kekalahan dan tiga seri, sekali gus berada di kedudukan ke-11 selepas mengumpul 17 mata.
Kuching City kekal di kedudukan kelima dengan mengutip 30 mata.
-- BERNAMA
Dapatkan liputan dan kedudukan terkini Liga Super di sini
Topic Berkaitan
#Kuching City FC
#Liga Super
#Sri Pahang FC
#perlawanan tertunda
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan