LUIS Enrique berkata corak permainan pasukan kendaliannya, Barcelona, ketika separuh pertama seolah-olah aksi dalam mimpi ketika membenam Sevilla dalam pertembungan La Liga, dengan meledak tiga gol dalam tempoh lapan minit untuk terus memberi tekanan kepada pendahulu, Real Madrid.
Persembahan memukau Lionel Messi menjadi kunci kepada aksi mantap Barca, tonggak Argentina itu melorongkan bola kepada Luis Suarez untuk jaringan pembukaan pada minit ke-25 sebelum dia sendiri mencetak dua gol lagi dalam separuh masa pertama, awal pagi tadi.
Anak buah Luis Enrique masih ketinggalan dua mata dengan Madrid yang menang 4-2 di Leganes, namun pengurus Barca itu gembira dengan corak permainan pasukannya sebelum rehat.
"Ia adalah aksi separuh pertama yang kami impikan untuk menguasai Sevilla," ujar Luis Enrique kepada pemberita.
"Kami mempunyai penguasaan mutlak pada babak pertama, bukan sahaja dari segi gol, bahkan mengenai peluang yang dicipta juga.
"Kami merampas semula bola dengan cepat hasil daripada tekanan yang diberikan. Tidak sangsi lagi, ia adalah aksi separuh masa terbaik kami musim ini dengan mengambil kira lawan yang dihadapi dan bagaimana kami bermain.
"Separuh masa kedua berubah disebabkan oleh faktor jaringan dengan kedua-dua pasukan berpeluang untuk menyumbat gol, tetapi ia sentiasa di bawah kawalan."
Suarez kini mengumpul 24 gol dalam kempen LaLiga musim ini diikuti Messi, dan Luis Enrique pantas memuji kualiti bintang Uruguay itu di depan gol.
"Dia tidak hanya menggunakan badan dengan baik, tetapi dia mempunyai keupayaan untuk merembat dari mana-mana sudut," kata Luis Enrique.
"Penyudah, gerakan dan kualiti teknikal yang dimiliki menjadikan dia pemain yang memakai jersi nombor sembilan terbaik di dunia.
"Selepas melihat prestasi keseluruhan pasukan, kami mempunyai sebab untuk optimis, namun ada jurang kecil antara kemenangan dan kekalahan.
"Ia berkenaan menguruskan kekerapan pemain beraksi, tetapi dengan jadual ini, ia adalah mustahil."
Astro Arena
Thu Apr 06 2017
Barcelona membenam Sevilla dalam pertembungan La Liga, dengan meledak tiga gol dalam tempoh lapan minit. - Foto Reuters
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Pemandu Mercedez terbakar, juga suspek langgar lari motorsikal
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motorsikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan usul perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damsyik dibuka semula pada Ahad, seminggu selepas kejatuhan Presiden Syria, Bashar al-Assad.
Penenun dari Sarawak tidak sangka dapat ke Barcelona dengan songket tenunannya
Ramtiniwaiti Ramlee, 38, bangga apabila mendapat jemputan daripada Nadi untuk mewakili negara di ibu kota wilayah Catalonia.
Barcelona jadi tumpuan 100,000 pemain industri teknologi global pada MWC 2024
Barcelona akan menyaksikan ratusan perbincangan, rangkaian, forum dan demonstrasi untuk mereka yang terlibat dalam teknologi mudah alih pada MWC 2024.
Barisan kejurulatihan Harimau Malaya buat lawatan teknikal ke Sepanyol
Kunjungan tersebut memberi peluang buat mereka menyaksikan sesi latihan pasukan utama FC Barcelona dan melawat fasiliti latihan kelab berkenaan.
Shakira 'diserang' babi hutan ketika berjalan bersama anak di Barcelona
Shakira merupakan mangsa terkini tabiat agresif babi hutan yang semakin 'menakluki' bandar raya itu.
UCL: Pemain Barcelona lain akan menyerlah tanpa Messi - Nagelsmann
Nagelsmann tidak percaya perpindahan Messi ke PSG sama sekali akan melemahkan Barca memandangkan masih ramai lagi pemain berkaliber.
Lionel Messi kini ejen bebas
Kontrak pemain itu berakhir semalam, di tengah spekulasi mahu meninggalkan Camp Nou yang dia panggil rumah sejak tahun 2000.
Kumpulan raver Barcelona nikmati muzik acara disko senyap, tetap jaga penjarakan fizikal
Para penggemar muzik itu menyambut hari pertama musim bunga dengan memakai set fon kepala seterusnya memulakan aksi gerak tari masing-masing.
Salah mahu kekal di Liverpool selama mungkin
Penyerang itu masih mempunyai kontrak bersama Liverpool sehingga 2023.
Pelumba pasukan Petronas Yamaha SRT tekad bangkit cemerlang di Catalunya GP
Quartararo yakin untuk sekali lagi mempamerkan persembahan memberangsangkan.
Messi ke Bayern? Kami tak mampu dapatkannya - Rummenigge
Messi, 33, kelihatan akan meninggalkan skuad Blaugrana itu selepas 19 tahun bersama kelab berkenaan.