Lagenda bolasepak Portugal Eusebio, pemain yang berjaya menjaringkan gol terbanyak semasa Piala Dunia 1966, telah meninggal dunia pada usia 71 tahun.

Eusebio da Silva Ferreir, atau yang dikenali sebagai ‘Kumbang Hitam’ ini meninggal dunia akibat serangan jantung.

Eusebio pernah terima gelaran sebagai ‘European Footballer of the Year’ pada tahun 1965 dan beliau dianggap sebagai pemain bolasepak terbaik sepanjang masa.

Sepanjang kareer beliau bersama Benfica, kelab itu berjaya menjulang Piala Eropah pada tahun 1962. Beliau juga telah menjaringkan sebanyak 733 gol dalam 745 perlawanan professional.

Beliau juga membantu Portugal mengambil tempat ketiga semasa Piala Dunai 1966, dimana beliau menjaringkan gol terbanyak semasa perlawanan berprestij dunia itu iaitu sebanyak 9 gol.

Beliau pernah memenagi 10 gelaran liga dan lima piala Portugis semasa 15 tahun beliau bersama Benfica. Beliau juga merupakan penjaring terbanyak Portugal dalam tahun 1964 sehingga 1973.