awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

LaLiga: Asensio, Vinicius pacu Real Madrid atasi Valencia

Astro Arena
Astro Arena
03/02/2023
01:00 MYT
LaLiga: Asensio, Vinicius pacu Real Madrid atasi Valencia
Vinicius Junior meraikan kejayaan menjaringkan gol kedua pasukannya ketika perlawanan La Liga antara Real Madrid dan Valencia di Stadium Santiago Bernabeu, Madrid, 2 Feb 2023. (Foto AP)
REAL MADRID 2 VALENCIA 0
Vinicius Junior menandakan penampilannya yang ke-200 bersama Real Madrid dengan penuh bergaya apabila menjaringkan gol kedua pasukan itu ketika menewaskan Valencia 2-0 dalam perlawanan LaLiga di Santiago Bernabeu awal pagi tadi.
Pemain kebangsaan Brazil itu melakukan larian pantas dari tengah padang untuk menjaringkan gol kedua Madrid pada minit ke-54, hanya 90 saat selepas Marco Asensio membuka jaringan dalam pertemuan itu.
Madrid, yang gagal menjaringkan sebarang gol ketika bertemu Real Sociedad hujung minggu lalu, berdepan kesukaran sama dalam separuh masa pertama perlawanan kali ini dan gol tandukan Antonio Rudiger sebelum waktu rehat pula dibatalkan.
Bagaimanapun, keadaan itu tidak mematahkan semangat pasukan bimbingan Carlo Ancelotti berkenaan, yang memberikan respons penuh bergaya dalam separuh masa kedua sambil Valencia pula menamatkan saingan dengan 10 pemain selepas Gabriel Paulista dilayangkan kad merah kerana mengasari Vinicius.
Dengan kemenangan itu, Madrid, yang menduduki tangga kedua LaLiga ketika ini, mengecilkan jurang dengan pasukan pendahulu, Barcelona, kepada lima mata selepas 19 perlawanan.
200 - @vinijr is making his 200th appearance with @realmadriden in all competitions tonight. The Brazilian striker has been involved in 86 goals with Los Blancos (49 goals, 37 assists). Dance. pic.twitter.com/986l6RoUfG
— OptaJose (@OptaJose) February 2, 2023
Topic Berkaitan
#Real Madrid
#Valencia
#La Liga Sepanyol
#Vinicius Junior
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan