SPORTS
LaLiga: Gol gemilang Guler hidupkan harapan kejuaraan Real Madrid

Arda Guler (kiri) beraksi bersama Mauro Arambarri pada perlawanan LaLiga antara Getafe dan Real Madrid di Estadio Coliseum, Getafe, Sepanyol, 23 Apr 2025. REUTERS
GETAFE 0 REAL MADRID 1
Gol gemilang Arda Guler dalam separuh masa pertama memastikan kemenangan tipis 1-0 Real Madrid ke atas Getafe dalam perlawanan LaLiga di Estadio Coliseum awal pagi tadi.
Kemenangan itu menyaksikan Madrid kembali mengecilkan jurang kepada empat mata dengan pendahulu liga, Barcelona.
Blaugrana kendalian Hansi Flick terlebih dahulu mencatatkan kemenangan 1-0 ke atas Mallorca, sekali gus menyaksikan Madrid bimbingan Carlo Ancelotti perlu memenangi tiga mata berkenaan untuk mengekalkan peluang kejuaraan musim ini.Gol cantik Guler dari penjuru kotak penalti pada minit ke-21 terbukti mencukupi buat pelawat selepas Ancelotti memilih untuk merehatkan beberapa pemain utama menjelang petemuan final Copa del Rey menentang Barca hujung minggu ini.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami