Mengalami kecacatan kekal pada usia muda dan hidup penuh dengan ranjau berduri tidak mematahkan semangat kental yang ada dalam diri atlet para memanah negara, S. Suresh untuk menempah kejayaan sehingga bergelar juara dunia.
Di sebalik kejayaan pada Kejohanan Memanah Para Dunia 2019 di Hertogenbosch, Belanda, semalam, atlet berusia 25 tahun itu mempunyai kisah hidup yang penuh dengan ujian dan dugaan.
Anak muda berasal dari Kuala Ketil, Kedah, itu kehilangan kaki kiri pada usia 13 tahun apabila lori yang dinaikinya, dipandu oleh ayahnya, Selvathamby, terbabit dalam kemalangan jalan raya.
Bukan sahaja terpaksa bergantung perjalanan hidup dengan kaki palsu, Suresh ditimpa pelbagai kesusahan apabila ayahnya 'meninggalkan' keluarga tanpa berita, sekali gus memaksa ibunya, Dewani Chandran menanggung beliau, dan dua adiknya Karthiyani dan Kalidasan dengan bekerja di kilang.
Selepas itu, pada 2010, satu-satunya adik perempuannya, Karthiyani, maut dalam kemalangan jalan raya apabila dilanggar sebuah motosikal ketika mahu menaiki bas sekolah.
"Orang sering memberitahu ibu bahawa saya adalah seorang anak yang tidak berguna kerana menceburi sukan memanah.
"Mereka mengatakan sebagai anak sulung, saya tidak akan menjaga adik dan ibu, tetapi sebaliknya ibu yang perlu menjaga saya," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di Belanda, hari ini.
Kejayaan di pentas dunia ini, dapat saya membuktikan segala tanggapan buruk mereka terhadap diri saya adalah tidak benar, katanya.
"Saya mencapai matlamat ini untuk negara dan bila dapat ganjaran, saya berhasrat mahu membeli sebuah rumah untuk ibu kerana kami masih tinggal di rumah sewa," katanya.
Di bawah Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM), anjuran Majlis Sukan Negara (MSN), Suresh layak menerima ganjaran berjumlah RM80,000.
Pada kejohanan dunia itu, Suresh mempamerkan prestasi cemerlang selepas menumpaskan wakil Amerika Syarikat, Eric Bennett, 7-3 (26-28, 26-26, 27-25, 26-25, 29-27) pada aksi final recurve individu lelaki, sekali gus menempah tiket ke Sukan Paralimpik Tokyo 2020.
Untuk rekod, kali terakhir Malaysia meraih pingat pada kejohanan berkenaan adalah menerusi Allahyarham Salam Sidek yang meraih gangsa dalam edisi 2011 di Turin, Itali.
Suresh mula menceburi sukan memanah pada 2012, hasil galakan bekas pemanah paralimpik negara, T. Suresh yang melawat beliau di kampungnya dan mengatakan jurulatih, M. Puvaneswaran, yang juga pengurus pasukan memanah, Sukan Para ASEAN (APG) 2015 di Singapura, sedang mencari bakat baharu.
"Ketika itu, saya menuntut di Institut Kemahiran Langkasuka, Gurun, Kedah. Semasa itu, saya tidak dapat berlatih secara konsisten tetapi berjaya merangkul pingat perak pada Sukan Para Sukma pada 2012.
"Selepas itu tidak dapat menumpukan perhatian pada latihan kerana bekerja untuk membantu menampung perbelanjaan keluarga," katanya.
Bagaimanapun, pada 2013, katanya, MSN telah memilihnya untuk menyertai skuad negara namun ketika itu menghadapi banyak cabaran kerana terpaksa menyesuaikan diri dengan rutin latihan sepenuh masa dan keadaan persekitaran.
"Bagaimanpun, saya enggan menyerah kerana mahu mencapai keazaman yang berkobar-kobar dalam diri saya," katanya.
Pada 2014 beliau beraksi pada APG di Myanmar dan 2017 di Kuala Lumpur, tetapi gagal mencapai kejayaan.
Berikutan itu, katanya, beliau diminta oleh pegawai skuad negara untuk pulang berlatih bersama-sama dengan pasukan negeri dan berlatih dalam suasana persekitaran yang lebih tenang.
Menurutnya, selepas kembali ke skuad negeri, keazaman beliau untuk memburu kejayaan semakin meningkat dan justeru beliau kembali semula ke skuad negara dengan menduduki ranking pertama.
Katanya, beliau diberi sasaran meraih kedudukan dua tempat teratas dalam kejohanan dunia bagi memenuhi kelayakan ke Sukan Paralimpik Tokyo 2020.
Bagaimanapun, bukan sekadar layak ke Sukan Paralampik Tokyo 2020 tetapi saya bertekad untuk merangkul emas di kejohanan dunia, katanya.
Malah, katanya, beliau tidak menjangka dan terpegun apabila kejayaan merangkul emas menjadi tular di media sosial di Malaysia.
"Setakat yang saya tahu, saya fikir bos saya akan datang, beberapa wartawan akan menemuramah saya dan kemudian saya boleh pulang ke rumah. Saya tidak menjangka orang akan mengenali saya dan semua orang berkongsi berita dalam media sosial," katanya.
Untuk rekod, Suresh memenangi pingat perak pada Kejohanan Ranking Dunia Fazza di Dubai, bulan lepas.
Skuad negara dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), petang esok.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 10 2019
Pada 2013, MSN telah memilih Suresh untuk menyertai skuad negara namun ketika itu dia menghadapi banyak cabaran kerana terpaksa menyesuaikan diri dengan rutin latihan sepenuh masa dan keadaan persekitaraan. - Gambar fail
TNB perkenal sistem FARA bagi mengurus risiko banjir
TNB perkenal sistem FARA untuk urus risiko banjir, pastikan keselamatan aset dan pengguna.
Banjir: 444 mangsa terjejas di empat negeri
Perak kekal mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 220 mangsa daripada 68 keluarga dan ditempatkan di dua PPS.
Anda kelak boleh seru Google Gemini dengan memanggil 'Hey, Gemini'
Gemini iaitu chatbot AI Google yang secara perlahan akan menjadi pembantu maya/digital baharu menggantikan Google Assistant.
Banjir kilat: SK Nanga Budu ditutup selepas air naik ke paras dada
Kawasan yang terlibat adalah bangunan dewan sekolah serta bangunan bagi prasekolah.
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini walaupun walaupun indeks dolar AS (DXY) lebih tinggi.
AWANI Pagi: Satira dan Parodi: Batas kebebasan di bawah RUU 588
Diskusi 8.30 pagi Jumaat Isnin bersama Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya,Profesor Komunikasi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, UiTM membincangkan mengenai batas dan had kebebasan di bawah RUU 588 berhubung isu satira dan parodi yang kontroversi baru-baru ini.
Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada
Perhilitan Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu semalam.
Polis tembak mati lelaki miliki 24 kes rekod jenayah di Jeram Pasu
Suspek berusia 31 tahun merupakan warga tempatan maut dalam kejadian sekitar jam 5.30 pagi tadi.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
KBS pertimbang perkenalkan kod tatakelakuan bagi atlet
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mempertimbangkan untuk memperkenalkan kod tatakelakuan bagi atlet pada masa depan.
Penglibatan sebagai penganjur Sukan SEA 2027 mampu naikkan imej Sarawak
Belanja besar itu berbaloi kerana Kerajaan Persekutuan yakin dengan kemampuan Sarawak selepas kejayaan menganjurkan SUKMA dan Para SUKMA.
Woodball: Amsyar Sirhan impikan berada lima teratas bagi kategori terbuka lelaki
Beliau optimis dengan sasaran tersebut berdasarkan kemahiran bermain sukan itu sejak berusia 12 tahun lagi.
Nicol David dilantik sebagai duta pendidikan ITA
Katanya, beliau mempunyai tanggungjawab besar untuk menjadi suri teladan kepada atlet muda di Malaysia dan seluruh dunia.
UiTM juara keseluruhan SUKIPT 2024
UiTM mengetepikan juara bertahan dua tahun lalu, Universiti Putra Malaysia (UPM) yang mengumpul 38 emas, 19 perak dan 21 gangsa.
Sukan Paralimpik: Misi lengkapkan 10 emas bermula esok
Bermula esok, obor perjuangan kontinjen negara akan terus dinyalakan pada Sukan Paralimpik Paris 2024.
Tiada istilah lindungi penjenayah - PM Anwar
Anwar tegaskan setiap tindakan harus diambil berdasarkan bukti serta fakta, dan bukan mengikut persepsi semata-mata.
Sukma 2024: Selangor optimis capai kedudukan tiga teratas
Selangor turut meletakkan sasaran memenangi 13 hingga 15 peratus daripada keseluruhan 488 pingat emas yang dipertandingkan.
Hanya 20 peratus atlet terlibat program celik kewangan, persaraan - Shalin Zulkifli
Hanya 20 peratus daripada lebih 500 atlet kebangsaan yang menyertai program celik kewangan.
Atlet, legenda sukan suarakan solidariti untuk Gaza
Atlet, tokoh dan peminat sukan bersolidariti menunjukkan sokongan kepada Palestin dan mengecam serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza.